Novel Bima Sakti Menari-kajian novel
KOMSAS SPM 2019
Sinopsis Novel Bima
Sakti Menari
Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama
kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan
15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat
bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala
Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan
kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa
bertugas.
Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya
menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada
Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah)
melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor.
Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji
Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri
Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan
menteri besar Selangor (tidak disebut nama).
Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang
(antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang
kebetulan pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia
pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek
Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar
perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.
Mangsa
pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya
pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam)
yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi
dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula
Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik
disembunyikan.
Peristiwa
buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan Sri
Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah, Muhammad Taufik sendiri
melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang hati.
TEMA
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.

PERSOALAN
1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor
pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak
menjadi gelap pada waktu malam.
2. Persoalan hubungan kasih sayang
antara ibu dengan anak.
Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka
jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.
3. Persoalan cinta akan alam
sekitar.
Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap
pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak
terancang.
4. Persoalan penceraian tidak
menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.
Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah
bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan
sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.
5. Persoalan ketaatan kepada ajaran
agama
Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang
dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan
Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.
6. Persoalan perasaan dendam yang
tidak berkesudahan
Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak
pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan anak
mereka, iaitu Muhammad Taufik.
Watak
Utama : Nurul Hafsa
Seorang
yang tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran
dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di
Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
Seorang
yang penyayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji
membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun
apabila dia mendapat gaji kelak
Seorang
yang berani
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan
cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam.
Seorang
yang sanggup berkorban
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan
tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan
pencerapan bintang
Seorang
yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas
ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu
Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
Watak
Sampingan :
1.
Muhammad Taufik
Seorang yang tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran
dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di
Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
Seorang yang taat
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri
Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand
walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana
mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
Seorang yang berani
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat pembentangan
cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas
mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang
upahan Dato Johann Arlington-Majid
Seorang yang sanggup berkorban
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi
berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa sanggup berkorban masa dan
tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan
pencerapan bintang
Seorang yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa
dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul
Hafsa yang telah diculik
2.
Tan Sri Muhaimin
Seorang yang tabah
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri
selepas bercerai dengan Pn. Wickham
Seorang yang bersyukur
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan
kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya,
Pn.Wickham
Seorang yang bertanggungjawab
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana
beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri
selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
Seorang yang penyayang
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak
tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh
anak meraka itu
3.
Haji Yassir
Seorang yang bersyukur
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis
kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh
orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
4.
Budiman
Seorang yang bertanggungjawab
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk
berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki
bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan
Simpan Langit Gelap
Seorang yang taat
– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah agama kerana
mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
Seorang yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas
ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu
Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
5.
Maryam Wickham
Seorang yang penyayang
– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan anak
tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh
anak meraka itu
PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN DALAM NOVEL BIMA SAKTI MENARI
Peristiwa 1: Muhamad Taufik telah pergi ke stesen minyak
Petronas untuk menemui lelaki yang tidak dikenali seorang diri dan akhirnya dia
telah diculik.
Teladan: Kita perlu berhati-hati dan berwaspada
sepanjang masa untuk menjaga keselamatan diri
Peristiwa 2: Nurul Hafsa kecewa kerana hanya dapat melihat
enam ekor kelip-kelip di sungai Kampung Kuantan.
Teladan: Kita perlu menjaga alam sekita agar tidak
berlaku kemusnahan habitat haiwan.
Peristiwa 3: Pn. Wickham telah berkirim salam dengan Tan Sri
Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya
walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin.
Teladan: Kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan
agar bertambah erat
PERSOALAN DALAM NOVEL BIMA SAKTI MENARI
1.
Persoalan kejujuran anak muda untuk melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah berusaha
untuk mengembalikan langit gelap Kualau Selangor agar dapat mengembalikan
bintang-bintang di langit Kuala Selangor dengan mengadakan projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor serta mencadangkan penggunaan lampu-lampu
full cuf off. Mereka juga mahu memastikan habitat kelip-kelip di Kampung
Kuantan tidak musnah. Muhammad Taufik telah memagar sungai kawasan habitat
tersebut agar tidak dimasuki oleh pelancong. Mereka melakukan usaha ini secara
jujur demi melestarikan alam sekitar.
2.
Persoalan kejujuran seorang wanita untuk memupuk semangat cinta akan
alam sekitar kepada anak-anak
Pn. Maryam Wickham merupakan seorang aktivits
alam sekitar yang sangay gigih sehingga sanggup membawa rombongan seramai 25
orang kanak-kanak dari Jepun untuk melihat bintang-bintang di Kuala Selangor.
Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.
3. Persoalan kejujuran dalam menjalankan tugas
Nurul Hafsa yang bertugas sebagai seorang pegawai
sains di Balai Cerap sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor telah
menjelaskan kepada ombongan kanak-kanak dari Jepun yang tidak dapat mencerap
bintang di Balai Cerap akibat cahaya di langit yang sangat terang. Beliau
berjanji akan berusaha untuk memulihkan langit di Kuala Selangor supaya kembali
gelap.
Latar Masyarakat :
1.
Masyarakat yang tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah
menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan
Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya
seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham
2. Masyarakat yang bersyukur
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa
dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas
diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila
mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas
isterinya, Pn.Wickham
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul
Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya
dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang
bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad
Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
4. Masyarakat yang taat
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan
Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand
walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah
agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
5. Masyarakat yang penyayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah
berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan
berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang
akan anak tunggal mereka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak mereka itu
6. Masyarakat yang berani
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di
bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang
diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
7. Masyarakat yang sanggup berkorban
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia
pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup
berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat
kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
8. Masyarakat yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul
Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup
berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
Pengajaran :
1. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran
hidup
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah
menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan
Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip
2. Kita
hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak walaupun terpaksa
melakukan seorang diri
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya
seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham
3. Kita
hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa
dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas
diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
4. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila
mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas
isterinya, Pn.Wickham
5. Kita
hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul
Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya
dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap
6. Sebagai
seorang ayah, kita hendaklah bertanggungjawab menjaga dan membesarkan
anak-anak walaupun kita terpaksa melakukan seorang diri
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang
bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad
Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
7. Kita hendaklah
sentiasa mentaati perintah ibu bapa
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan
Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand
walaupun dia agak keberatan
8. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah
agama/Tuhan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah
agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
9. Kita hendaklah
menyayangi ayah dengan sepenuh hati
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah
berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan
berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
10. Sebagai
ibu bapa, kita hendaklah menyayangi anak-anak dengan sepenuh hati
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang
akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak meraka itu
11. Kita
hendaklah berani mengemukakan sesuatu cadangan yang baik
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di
bangunan SUK Shah Alam.
12. Kita
hendaklah berani untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesusahan
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang
diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
13. Kita hendaklah sanggup berkorban demi
keselamatan sahabat
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia
pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
14. Kita
hendaklah sanggup berkorban demi mengejar cita-cita sendiri
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup
berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan
Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat
kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
15. Kita
hendaklah memiliki semangat setia kawan dan sanggup membantu kawan yang
berada dalam kesusahan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul
Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
16. Kita hendaklah memiliki semangat setia kawan
dan sanggup membantu kawan yang berada dalam kesusahan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik
sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.
NILAI MURNI
kebijaksanaan
Nurul Hafsa merupakan graduan lulusan Universiti
Jordan dalam bidang fizik dan kaji falak. Dia bertugas sebagai pegawai sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Kejujuran
Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap
keseluruhan buruj Orion kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal
ini berpunca daripada pencemaran cahaya.
Keberanian
Nurul Hafsa berani berjanji kepada kumpulan
kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun bahawa dia akan menangani masalah kegagalan
mencerap bintang dengan mata kasar di Kuala Selangor.
Kasih sayang
Puan Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa
dia menyayangi dan selalu rindu kepada anaknya itu.
Berjimat cermat
Haji Yassir menadah air hujan di dalam tempayan
untuk kegunaan menyiram pokok dan membasuh, walaupun di rumahnya ada bekalan
air paip.
BIMASAKTI MENARI - TEKNIK PLOT
1. TEKNIK DIALOG
Contohnya, pengarang mengetengahkan teknik dialog
melalui perbuala antara Dato' Mustofa dengan Dato' Johann mengenai Menteri
Besar yang suka akan projek yang dicadangkan oleh Muhammad Taufik iaitu projek
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
2. TEKNIK IMBAS KEMBALI
Contohnya, Dato' Johann mengingati kemabali permusuhannya
dengan Tan Sri Muhaimin yang berebutkan hati seorang wanita yang bernama Marion
Wickham. Permusuhan itu hanya tercetus semula kerana isu lampu.
LATAR TEMPAT
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti
Menari. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah
Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Tempat
Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin ini. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan
yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
KAMPUNG KUANTAN
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat
sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak
kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot
atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’
atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam.
BANGUNAN SUK SHAH ALAM
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan
Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran
bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan
Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau
ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan
lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Soalan
Kenapa Kuala Selangor mesti dilitupi kegelapan?
Kuala Selangor mesti dilitupi kegelapan kerana
Kuala Selangor sedang menderita dicemari pencemaran cahaya dek kepesatan
pembangunan di sana.
Dahulu Kuala Selangor terkenal sebagai pusat tumpuan para pengkaji
bintang dan peminat astronomi untuk mencerap bintang. Masa berlalu dan Kuala
Selangor kini berbangga dengan statusnya sebagai bandar pelancongan.
Jalan-jalan disinari lampu terang-benderang. Setiap pokok diselubungkan dengan
lampu. Barisan-barisan kedai dibina dan terang sehingga lewat malam. Tebing
Sungai Selangor meriah dengan deretan kedai-kedai makan.
Transfomasi Kuala Selangor yang dahulunya sebuah bandar pelancongan
berasaskan alam sekitar bertukar menjadi bandar cahaya yang hingar dengan
bunyi-bunyian dan silau dengan terangnya cahaya.
Perubahan ini positif jika dilihat dari perspektif ekonomi. Tetapi
sayangnya pembangunan yang rancak mengundang pelancong segenap dunia ini
menghalau keluar 2 warisan berharga, populasi kelip-kelip dan bintang-bintang
berkerdipan di langit.
Kelip-kelip terancam kerana habitat mereka dikacau manusia.
Bintang-bintang semakin sukar dilihat dengan mata kasar kerana kilauan dan
biasan cahaya yang menerangi kaki langit telah mengkaburkan pemandangan secara
langsung. Aktiviti mencerap bintang terganggu dan lesu.
Justeru, 2 anak muda ini mengerah usaha untuk
membawa kembali kegelapan, supaya manusia boleh menikmati semula keajaiban
kerlipan kelip-kelip, dan mendongak ketakjuban menyaksikan lukisan bintang-bintang
di langit.
nota yang padat. saya suka
BalasPadamsaya suka
BalasPadam