Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 22 September 2019

Novel Bima Sakti Menari-kajian novel KOMSAS SPM 2019


Novel Bima Sakti Menari-kajian novel KOMSAS  SPM 2019
 Image result for bimasakti menari
Sinopsis Novel Bima Sakti Menari
      Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.
       Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
       Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).
         Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samseng.
    Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.
     Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah, Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima dengan senang hati.
TEMA
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
PERSOALAN
1.    Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.
2.    Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.
Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.
3.    Persoalan cinta akan alam sekitar.
Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.
4.    Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.
Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.
5.    Persoalan ketaatan kepada ajaran agama
Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.
6.    Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan
Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.
Watak Utama :  Nurul Hafsa
Seorang yang tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
Seorang yang penyayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
Seorang yang berani
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Seorang yang sanggup berkorban
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
Seorang yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
Watak Sampingan :
1. Muhammad Taufik
Seorang yang tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
Seorang yang taat
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
Seorang yang berani
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
Seorang yang sanggup berkorban
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
– Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
Seorang yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
2. Tan Sri Muhaimin
Seorang yang tabah
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham
Seorang yang bersyukur
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham
Seorang yang bertanggungjawab
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
Seorang yang penyayang
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu
3. Haji Yassir
Seorang yang bersyukur
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
4. Budiman
Seorang yang bertanggungjawab
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap
Seorang yang taat
– Budiman dan Muhammad Taufik taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
Seorang yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan

5. Maryam Wickham
Seorang yang penyayang
– Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu

PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN DALAM NOVEL  BIMA SAKTI MENARI

Peristiwa 1: Muhamad Taufik telah pergi ke stesen minyak Petronas untuk menemui lelaki yang tidak dikenali seorang diri dan akhirnya dia telah diculik.
Teladan: Kita perlu berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa untuk menjaga keselamatan diri
Peristiwa 2: Nurul Hafsa kecewa kerana hanya dapat melihat enam ekor kelip-kelip di sungai Kampung Kuantan.
Teladan: Kita perlu menjaga alam sekita agar tidak berlaku kemusnahan habitat haiwan.
Peristiwa 3: Pn. Wickham telah berkirim salam dengan Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin.
Teladan: Kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan agar bertambah erat
PERSOALAN  DALAM  NOVEL BIMA SAKTI MENARI
1.      Persoalan kejujuran anak muda untuk melestarikan alam sekitar
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik telah berusaha untuk mengembalikan langit gelap Kualau Selangor agar dapat mengembalikan bintang-bintang di langit Kuala Selangor dengan mengadakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor serta mencadangkan penggunaan lampu-lampu full cuf off. Mereka juga mahu memastikan habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan tidak musnah. Muhammad Taufik telah memagar sungai kawasan habitat tersebut agar tidak dimasuki oleh pelancong. Mereka melakukan usaha ini secara jujur demi melestarikan alam sekitar.
2.     Persoalan kejujuran seorang wanita untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar kepada anak-anak
Pn. Maryam Wickham merupakan seorang aktivits alam sekitar yang sangay gigih sehingga sanggup membawa rombongan seramai 25 orang kanak-kanak dari Jepun untuk melihat bintang-bintang di Kuala Selangor. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar.
3.       Persoalan kejujuran dalam menjalankan tugas
Nurul Hafsa yang bertugas sebagai seorang pegawai sains di Balai Cerap sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor telah menjelaskan kepada ombongan kanak-kanak dari Jepun yang tidak dapat mencerap bintang di Balai Cerap akibat cahaya di langit yang sangat terang. Beliau berjanji akan berusaha untuk memulihkan langit di Kuala Selangor supaya kembali gelap.
Latar Masyarakat  :
1. Masyarakat yang tabah
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham
2. Masyarakat yang bersyukur
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
4. Masyarakat yang taat
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
5. Masyarakat yang penyayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal mereka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak mereka itu
6. Masyarakat yang berani
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
7. Masyarakat yang sanggup berkorban
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
8. Masyarakat yang setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik
Pengajaran :
1. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup 
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip
2. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak walaupun terpaksa melakukan seorang diri
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham
3. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
4. Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham
5. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap
6. Sebagai seorang ayah, kita hendaklah bertanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak walaupun kita terpaksa melakukan seorang diri
– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham
7. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah ibu bapa
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia agak keberatan
8. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah agama/Tuhan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
9. Kita hendaklah menyayangi ayah dengan sepenuh hati
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
10. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menyayangi anak-anak dengan sepenuh hati
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak meraka itu
11. Kita hendaklah berani mengemukakan sesuatu cadangan yang baik
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
12. Kita hendaklah berani untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesusahan
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
13. Kita hendaklah sanggup berkorban demi keselamatan sahabat
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
14. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mengejar cita-cita sendiri
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
15. Kita hendaklah memiliki semangat setia kawan dan sanggup membantu kawan yang berada dalam kesusahan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
16. Kita hendaklah memiliki semangat setia kawan dan sanggup membantu kawan yang berada dalam kesusahan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.
NILAI MURNI
kebijaksanaan
Nurul Hafsa merupakan graduan lulusan Universiti Jordan dalam bidang fizik dan kaji falak. Dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Kejujuran
Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap keseluruhan buruj Orion kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal ini berpunca daripada pencemaran cahaya.
Keberanian
Nurul Hafsa berani berjanji kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun bahawa dia akan menangani masalah kegagalan mencerap bintang dengan mata kasar di Kuala Selangor.
Kasih sayang
Puan Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia menyayangi dan selalu rindu kepada anaknya itu.
Berjimat cermat
Haji Yassir menadah air hujan di dalam tempayan untuk kegunaan menyiram pokok dan membasuh, walaupun di rumahnya ada bekalan air paip.
BIMASAKTI MENARI - TEKNIK PLOT
1. TEKNIK DIALOG
Contohnya, pengarang mengetengahkan teknik dialog melalui perbuala antara Dato' Mustofa dengan Dato' Johann mengenai Menteri Besar yang suka akan projek yang dicadangkan oleh Muhammad Taufik iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
2. TEKNIK IMBAS KEMBALI
Contohnya, Dato' Johann mengingati kemabali permusuhannya dengan Tan Sri Muhaimin yang berebutkan hati seorang wanita yang bernama Marion Wickham. Permusuhan itu hanya tercetus semula kerana isu lampu.
LATAR TEMPAT
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah
 Balai Cerap Sultan Salahuddin.
 Tempat Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin ini. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
KAMPUNG KUANTAN
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
BANGUNAN SUK SHAH ALAM
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Soalan
Kenapa Kuala Selangor mesti dilitupi kegelapan?
Kuala Selangor mesti dilitupi kegelapan kerana Kuala Selangor sedang menderita dicemari pencemaran cahaya dek kepesatan pembangunan di sana.
          Dahulu Kuala Selangor terkenal sebagai pusat tumpuan para pengkaji bintang dan peminat astronomi untuk mencerap bintang. Masa berlalu dan Kuala Selangor kini berbangga dengan statusnya sebagai bandar pelancongan. Jalan-jalan disinari lampu terang-benderang. Setiap pokok diselubungkan dengan lampu. Barisan-barisan kedai dibina dan terang sehingga lewat malam. Tebing Sungai Selangor meriah dengan deretan kedai-kedai makan.
           Transfomasi Kuala Selangor yang dahulunya sebuah bandar pelancongan berasaskan alam sekitar bertukar menjadi bandar cahaya yang hingar dengan bunyi-bunyian dan silau dengan terangnya cahaya.
            Perubahan ini positif jika dilihat dari perspektif ekonomi. Tetapi sayangnya pembangunan yang rancak mengundang pelancong segenap dunia ini menghalau keluar 2 warisan berharga, populasi kelip-kelip dan bintang-bintang berkerdipan di langit.
          Kelip-kelip terancam kerana habitat mereka dikacau manusia. Bintang-bintang semakin sukar dilihat dengan mata kasar kerana kilauan dan biasan cahaya yang menerangi kaki langit telah mengkaburkan pemandangan secara langsung. Aktiviti mencerap bintang terganggu dan lesu.
Justeru, 2 anak muda ini mengerah usaha untuk membawa kembali kegelapan, supaya manusia boleh menikmati semula keajaiban kerlipan kelip-kelip, dan mendongak ketakjuban menyaksikan lukisan bintang-bintang di langit.




2 ulasan:

Jangan Tiru