Pengambilan makanan tambahan memberikan pelbagai kesan terhadap masyarakat. Bincangkan
BM- Peperiksaan Percubaan Negeri Kelantan
.
Hati ini
tertanya-tanya, apakah maksud makanan tambahan?. Jawapannya mudah. Makanan
tambahan ialah makanan kesihatan. Hari ini pelbagai inovasi telah dicipta maka terciptalah pelbagai makanan tambahan
yang memenuhi citarasa manusia, suatu
ciptaan yang cukup menakjubkan. Pengambilan makanan
tambahan dapat membantu kita meningkatkan tahap kesihatan
yang sempurna hingga kita berasa lebih yakin menghadapi rerona kehidupan.
Marilah sama-sama kita perincikan akan pelbagai kesan pengambilan makanan
tambahan terhadap masyarakat. Dan... saya lebih cenderung memilih
kesannya yang positif!
.
Antara kesan
pengambilan makanan tambahan ialah makanan ini mampu meningkatkan selera makan
bagi warga emas yang lazimnya ‘benci’dan
trauma terhadap makanan. Makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, , makanan
organik dan susu dapat memberikan suatu perubahan kepada badan hingga
meningkatkan selera makan bagi warga emas yang kurus kering tidak bermaya.. Makanan
tambahan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat. Amalan makan makanan kesihatan
ini menjadikan kita lebih berselera menghadapi hidangan, dan sekali gus dapat
meningkatkan daya ketahanan badan hingga mampu
menangkis terjahan penyakit kritikal dalam usia senja. Sesungguhnya,
saya yakin pengambilan makanan tambahan tentunya mampu mengukuhkan daya tahan
badan dan tidaklah ibu bapa, datuk dan nenek hanya terlantar di atas
katil tetapi kekal bertenaga dalam usia emas.
Selain itu. pengambilan makanan
tambahan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit kronik. Penyakit
kronik seperti penyakit tiga serangkai seperti penyakit kencing manis, darah
tinggi dan kanser dapat diatasi dengan pengambilan makanan tambahan. Pengambilan
makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, makanan organik dan susu dapat
mencegah pelbagai penyakit kronik kerana mengandungi pelbagai nutrisi dan
khasiat. Buktinya, pengambilan pil vitamin dapat mencegah pelbagai
penyakit kanser seperti kanser kulit, kanser usus dan kanser otak. Amalan makan
makanan tambahan dapat meningkatkan kadar metabolisme, aliran darah badan
manusia dan secara tidak langsung dapat memulihkan sel-sel mati. Hakikatnya, pengambilan
makanan tambahan dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.
.
Di
samping itu golongan yang mengejar masa dengan kerjaya, memang
memerlukan makanan suplemen untuk kekal aktif dan sihat. Golongan ini kurang
senaman atau memang tidak bersenam langsung. Akibatnya mereka jadi obes, malas
dan suka tidur memanjang. Malas yang luar biasa ini ada pada spesies OKK atau orang kaya-kaya!. Perut
GENDUT dan langkah pun perlahan. Mereka
gemar makan di luar kerana mereka langsung tiada masa menyediakan makanan
sendiri. Maka jadilah mereka golongan yang menghadapi kemelut kekurangan
zat, dan mereka hanya makan apa-apa sahaja yang ada di hadapan
mata.. Kajian menunjukkan pengambilan makanan tambahan, dapat melindungi
seseorang daripada menghidapi sakit jantung, mengimbangi hormon wanita yang
sibuk., tidak cukup rehat dan tiada masa untuk senaman. Pil-pil vitamin menjadi
pelengkap menu harian kita. Satu kapsul vitamin mengandungi nutrien daripada
pelbagai jenis sayur dan buah-buahan. HEBAT!.Keajaibannya ialah makanan
tambahan secara langsung dapat melambatkan penuaan. Sipengamal makanan tambahan
sentiasa nampak muda, anggun dan bertenaga. Realitinya kesibukan
alam kerjaya memerlukan kita mengambil makanan suplemen dan secara langsung
kita menginsafi bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan setiap
masalah ada penyelesaiannya.
Kesimpulannya, pengambilan
makanan tambahan memberikan banyak impak positif kepada pengamalnya, dijadikan
suplemen alternatif pelbagai lapisan masyarakat untuk menjamin tahap
kesihatan yang sempurna, tetapi PERLU DITEGASKAN hargailah ‘masa
sihat sebelum datang masa sakit’ dan insafilah akan tragedi, sakit datang
macam kilat, perginya macam semut. Kata orang Sepanyol, ‘kita adalah apa
yang kita makan’ jadi pilihlah makanan tambahan yang terbaik,dan
lebih meyakinkan kita akan kualiti dan
khasiatnya. Pilihlah yang terbaik, kerana ‘pilihan di tangan kita’ !
Karya
terbaik :
Nur Athirah binti Mohd Nor Tingkatan 5 Hari ini saya dan rakan -rakan mengadakan perbincangan topik semasa bersama-sama cikgu Maznah, pelajar-pelajar dari SMU, DMPR1 dan sekolah Tahfiz turut hadir. Sasaran kami 100% A+ bagi semua pelajar dalam kumpulan kami iaitu Syahid,, Afiq, Munir, Kiat Hann, Chun Xiang, Raymond Syahmi, Fakhrul, Chong Han, Norasimah , Shahadah, Fatihah, Adam, Aiman Hafiz, Aiman Syahiran, Balqis, Owi dan ramai lagi Sama-sama kita teruskan perjuangan.
mohon izin kongsi karangan ini dengan murid-murid.terima kasih
BalasPadammemang terbaik lah cikgu
BalasPadam