Huraikan Pendapat Anda Tentang Kebaikan-kebaikan Membawa
Bekal ke Sekolah. (Kertas 1 BM - karangan BAHAGIAN A - percubaan
negeri Terengganu )
.
Bawa
bekal ke sekolah dikatakan sinonim dengan amalan pelajar
sekolah rendah, tetapi pandangan saya berbeza, Saya berpendapat. bawa bekal
tidak semestinya mengikut status, kategori pelajar sekolah rendah atau sekolah
menengah... Pada pendapat saya bawa bekal ke sekolah,
merupakan simbol kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya.
Pandangan ini saya ajukan berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri. Saya
memang membawa bekal ke sekolah.
.
Antara faedah
membawa bekal ke sekolah ialah kita dapat menjimatkan kos. Bawa bekal menyebabkan saya jarang berbelanja
di kantin. Sekali dalam sebulan pun payah, sebabnya saya mahu menjimatkan kos .
Dan saya telah terbiasa dengan keadaan sebegini. Kalau berbelanja di kantin,
paling tidak seringgit untuk minuman, dan dua ringgit untuk makanan. Jumlah
tiga ringgit itu amat besar bagi saya, lagipun wang sebanyak itu kalau disimpan
jumlahnya akan jadi lebih besar lagi, dan saya jadi lebih
berhemat, berhemah dengan tidak membeli makanan di kantin sekolah atau di gerai
di luar sekolah. Kendatipun ibu ada menyediakan bekalan untuk saya dan
adik-adik ayah tetap memberi wang saku kepada saya,. Walaupun jumlahnya kecil,
tetapi amat bermakna bagi saya, untuk saya jadikan tabungan. Wang itu saya
simpan,dan saya tabungkan. Saya simpan dalam akaun BSN sejak dari sekolah
rendah lagi.Sesungguhnya, membawa bekal ke sekolah
benar-benar dapat menjimatkan kos dan saya jadi penabung tegar.
.
Selanjutnya membawa
bekal ke sekolah dapat menjamin kesihatan pelajar. Ibu saya menyediakan
bekalan. yang serba-serbinya lengkap demi menjaga kesihatan kami
adik-beradik.. Nasi gorengnya penuh dengan sayur, ayam dan telur. Sayur dikutip
dari kebun di pinggir rumah, manakala telur dan ayam diambil dari reban
ayam di belakang dapur. Ayah sembelih sendiri ayam itu dan ibu membersih dan
memasaknya. Keenakan makanan diperolehi melalui terung, tomato, kacang panjang
yang ibu masukkan ke dalam nasi goreng memang menakjubkan. Sayur-sayuran ini
memang amat tinggi khasiatnya. Sayur-sayuran memberi tenaga yang di
luar jangkaan, badan jadi sihat cergas, pemikiran jadi cerdas dan membantu
proses awet muda. Bekalan yang disediakan oleh ibu memang luar
biasa enaknya dan bagi saya air tangan ibu adalah yang
paling enak, paling lazat dan terbaik di DUNIA. Yang lucunya, sesekali di dalam
kelas, ketika perut mula berkeroncong, saya
teringat-ingat dan terbayang-bayang akan bekalan di dalam beg sandang sekolah
saya.Tidak sabar rasanya menunggu waktu rehat. Yang
jelas bekalan yang saya bawa memang berkhasiat dan alhamdulillah......menjamin kesihatan
saya sebagai seorang remaja.
.
Seterusnya dengan
bekalan yang saya bawa setiap hari ke sekolah saya dapat
menjimatkan masa, kerana masa itu emas. Sambil
makan di atas kerusi batu,di bawah pokok di tepi padang sekolah,
saya dan rakan-rakan berbincang isu semasa berkaitan akademik dan SPM yang
bakal kami tempuhi pada november ini. Dari kejauhan saya dapat lihat
pelajar-pelajar yang tidak membawa bekal terpaksa beratur di kantin untuk
membeli makanan. Situasi ini amat membazirkan masa pelajar. Bagi kumpulan saya
yang membawa bekal, kami gunakan masa sepenuhnya selepas makan, untuk
mengulangkaji pelajaran. Sesekali kami disindir dengan senyuman oleh tukang
kebun sekolah , katanya “Yang bawa bekal ke sekolah ni anak
kesayangan emak belaka”. Saya benar-benar teruja dengan
kata-katanya, saya hargai jasa ibu saya, dan dapat saya rasakan dengan membawa
bekal, waktu rehat nan panjang, saya dan rakan-rakan sealiran gunakan,
kami manfaatkan, untuk latih tubi dan ulangkaji pelajaran SPM Ternyata menjimatkan
masa merupakan faedah paling bermakna apabila pelajar seperti
saya membawa bekal ke sekolah.
.
Kesimpulannya,
membawa bekal ke sekolah memang memberi 1001 kebaikan.. Kekadang ketika suasana
sunyi sepi di rumah, sebelum menjelangnya waktu subuh, kedengaran ibu krung
krang, krung krang, bersendirian di dapur memasak dan menyediakan bekalan
untuk saya dan adik-adik. Sebelum pergi ke sekolah, kami berebut-rebut membuka
bekalan, kerana naluri ingin tahu apa yang ibu masak pada pagi ni. Gelagat
adik-adik riuh rendah memuji masakan ibu.IBU HANYA TERSENYUM......!Senyuman
ibu mendamaikan dunia. Terima kasih ibu.
Oleh Mohd Azzfar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong Machang Kelantan
Oleh Mohd Azzfar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong Machang Kelantan


bagus
BalasPadam