Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 12 Oktober 2019

Huraikan Pendapat Anda Tentang Kebaikan-kebaikan Membawa Bekal ke Sekolah. (Kertas 1 BM - karangan BAHAGIAN A - percubaan negeri Terengganu 2019)


Huraikan Pendapat Anda Tentang Kebaikan-kebaikan  Membawa Bekal  ke  Sekolah. (Kertas 1 BM - karangan BAHAGIAN A -  percubaan negeri Terengganu )

.
Bawa bekal ke sekolah dikatakan sinonim dengan amalan pelajar sekolah rendah, tetapi pandangan saya berbeza, Saya berpendapat. bawa bekal tidak semestinya mengikut status, kategori pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah..Pada pendapat saya bawa bekal ke sekolah, merupakan simbol kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya. Pandangan ini saya ajukan berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri. Saya memang membawa bekal ke sekolah.
.
Antara faedah membawa bekal ke sekolah ialah kita dapat menjimatkan kos.  Bawa bekal menyebabkan saya jarang berbelanja di kantin. Sekali dalam sebulan pun payah, sebabnya saya mahu menjimatkan kos . Dan saya telah terbiasa dengan keadaan sebegini. Kalau berbelanja di kantin, paling tidak seringgit untuk minuman, dan dua ringgit untuk makanan. Jumlah tiga ringgit itu amat besar bagi saya, lagipun wang sebanyak itu kalau disimpan jumlahnya akan jadi lebih besar lagi, dan saya jadi lebih berhemat, berhemah dengan tidak membeli makanan di kantin sekolah atau di gerai di luar sekolah. Kendatipun ibu ada menyediakan bekalan untuk saya dan adik-adik ayah tetap memberi wang saku kepada saya,. Walaupun jumlahnya kecil, tetapi amat bermakna bagi saya, untuk saya jadikan tabungan. Wang itu saya simpan,dan saya tabungkan. Saya simpan dalam akaun BSN sejak dari sekolah rendah lagi.Sesungguhnya, membawa bekal ke sekolah benar-benar dapat menjimatkan kos dan saya jadi penabung tegar.
.
Selanjutnya  membawa bekal ke sekolah dapat menjamin kesihatan pelajar. Ibu saya menyediakan bekalan.  yang serba-serbinya lengkap demi menjaga kesihatan kami adik-beradik.. Nasi gorengnya penuh dengan sayur, ayam dan telur. Sayur dikutip dari kebun  di pinggir rumah, manakala telur dan ayam diambil dari reban ayam di belakang dapur. Ayah sembelih sendiri ayam itu dan ibu membersih dan memasaknya. Keenakan makanan diperolehi melalui terung, tomato, kacang panjang yang ibu masukkan ke dalam nasi goreng memang menakjubkan. Sayur-sayuran ini memang amat tinggi khasiatnya.  Sayur-sayuran memberi tenaga yang di luar jangkaan, badan jadi sihat cergas, pemikiran jadi cerdas dan membantu proses awet muda. Bekalan yang disediakan oleh ibu memang luar biasa enaknya dan bagi saya air tangan ibu adalah yang paling enak, paling lazat dan terbaik di DUNIA. Yang lucunya, sesekali di dalam kelas, ketika perut mula berkeroncong, saya teringat-ingat dan terbayang-bayang akan bekalan di dalam beg sandang sekolah saya.Tidak sabar rasanya menunggu waktu rehat. Yang jelas bekalan yang saya bawa memang berkhasiat dan alhamdulillah......menjamin kesihatan saya sebagai seorang remaja.
.
Seterusnya dengan bekalan yang  saya bawa setiap hari ke sekolah  saya dapat menjimatkan masa, kerana masa itu emas. Sambil makan  di atas kerusi batu,di bawah pokok di tepi padang sekolah, saya dan rakan-rakan berbincang isu semasa berkaitan akademik dan SPM yang bakal kami tempuhi pada november ini. Dari kejauhan saya dapat lihat pelajar-pelajar yang tidak membawa bekal terpaksa beratur di kantin untuk membeli makanan. Situasi ini amat membazirkan masa pelajar. Bagi kumpulan saya yang membawa bekal, kami gunakan masa sepenuhnya selepas makan, untuk mengulangkaji pelajaran. Sesekali kami disindir dengan senyuman oleh tukang kebun sekolah , katanya Yang bawa bekal ke sekolah ni anak kesayangan emak belaka”. Saya benar-benar teruja dengan kata-katanya, saya hargai jasa ibu saya, dan dapat saya rasakan dengan membawa bekal, waktu rehat nan panjang, saya dan rakan-rakan sealiran gunakan, kami manfaatkan, untuk latih tubi dan ulangkaji pelajaran SPM Ternyata menjimatkan masa merupakan faedah paling bermakna apabila pelajar seperti saya  membawa bekal ke sekolah.
.

Kesimpulannya,  membawa bekal ke sekolah memang memberi 1001 kebaikan.. Kekadang ketika suasana sunyi sepi di rumah, sebelum menjelangnya waktu subuh, kedengaran ibu krung krang, krung krang, bersendirian di dapur memasak dan menyediakan bekalan untuk saya dan adik-adik. Sebelum pergi ke sekolah, kami berebut-rebut membuka bekalan, kerana naluri ingin tahu apa yang ibu masak pada pagi ni. Gelagat adik-adik riuh rendah memuji masakan ibu.IBU HANYA TERSENYUM......!Senyuman ibu mendamaikan dunia. Terima kasih ibu.

Oleh Mohd Azzfar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat  Pulai Chondong Machang Kelantan


1 ulasan:

Jangan Tiru