BAHASA MELAYU LATIHAN INTENSIF UNTUK PELAJAR CEMERLANG SPM.
Praktis 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata kerja transitif.
Ruang balai perlepasan sesak dan padat dengan manusia. Pelbagai aksi dapat ditonton. Ada yang berlari-lari anak menggalas beg sandang besar, ada yang lenggang kangkung menolak troli yang sarat dengan beg dan cenderamata. Zarith berdiri di tengah-tengah lautan manusia, betul-betul menghadap skrin yang memaparkan jadual penerbangan. Beg sandang yang berwarna kelabu jenama Karrimor, dirasakan berat benar, seperti mahu patah bahunya.
Dipetik daripada Cerpen Siswa“Balai Perlepasan”oleh Syeeda Dewan Siswa, Okt 2016[8 m]
1._______________
2._______________
1_________________
2._________________
Praktis 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata kerja tak transitif.
Budaya bersukan dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur.Jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada beriadah atau melakukan aktiviti sukan, kita menjadi sebahagian daripada masyarakat yang memahukan hidup yang berkualiti. Tubuh badan yang sihat menambahkan produktiviti diri, keluarga, dan negara yang dicintai. Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sehari dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara. Hari tersebut disambut pada Sabtu kedua di seluruh negara.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Hari Sukan Negara'oleh Farah Alia Suraya Azman,Dewan Siswa, Bil. 09/2016[6 m]
1._______________ 2._______________ 3________________
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata majmuk.
Secara umumnya, bukan sedikit muncul pemimpin muda di dunia sejak belakangan ini.Pemimpin tidak muncul dalam sekelip mata. Sifat itu perlu disemai sejak awal lagi. Bak kata nenek moyang kita, melentur buluh biarlah dari rebung lagi. Ketokohan dan sifat kepemimpinan yang ada pada seseorang pemimpin sebenarnya bermula sejak bangku sekolah lagi. Oleh itu, pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum atau kurikulum di sekolah amat penting dan perlu diberi perhatian. Aktiviti tersebut banyak memberikan sumbangan terhadap usaha memupuk nilai sifat kepemimpinan, seperti semangat bertolak ansur, semangat kerja berpasukan dan berkomunikasi.
Petikan rencana ‘ Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara’ Dewan Siswa DBP, bil. 4 2019[8 m]
1._______________
2._______________
1_________________
2._________________
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata bilangan dan dua kata majmuk mantap.
Anda tentu masih ingat sebahagian daripada rakan-rakan anda yang menjadi pengawas, pengerusi atau setiausaha persatuan dan kelab di sekolah, kemudiannya menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang ketika ini. Sebagai pengawas dan pengerusi kelab dan persatuan,mereka sejak awal lagi sudah terdedah dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Semuanya itu memerlukan ilmu, kemahiran, kesabaran dan kerjasama daripada orang lain. Oleh sebab itu, bakat kepemimpinan mereka sudah menyinar sejak bangku sekolah lagi. Ketika di sekolah menengah lagi, penulis mempunyai beberapa orang rakan yang sememangnya memiliki kewibawaan dan pengaruh. Untuk menjadi ketua, memerlukan keberanian dan keyakinan. Sifat tersebut perlu terus dipupuk sepanjang masa sehingga akhirnya dapat menjadi pemimpin pada tahap yang lebih tinggi.
Dipetik daripada rencana‘Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara’ Dewan Siswa DBP,bil. 4 2019.[ 8 m]
1._______________
2._______________
1_________________
2._________________
Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk.
Keluarga bahagia teras keluarga cemerlang. Jika seisi keluarga mengecap kesenangan dan kebahagiaan, nescaya segala elemen negatif seperti perselisihan, pertelingkahan atau perceraian yang dapat menjejaskan keharmonian rumah tangga dapat dihindarkan. Jika ibu bapa bersatu hati bak kata pepatah, telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya, maka mereka dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Jika seluruh anggota
keluarga bermuafakat dalam apa-apa jua aspek kehidupan, maka kerukunan dan kedamaian rumah tangga terjamin.
Dipetik daripada Pentingnya Keluarga Bahagia, Oleh Thaarmaaraj Dewan Siswa, Bil. O4 2020[6 m]
1._______________ 2._______________ 3________________
BAHASA MELAYU LATIHAN INTENSIF UNTUK PELAJAR CEMERLANG SPM.
Praktis 1 Baca petikan di
bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata sendinama.
Kedudukan guru amat dimuliakan dalam mana-mana agama sekalipun. Guru perlu dihormati dan disanjung. Kita belajar membaca dan mengira daripada guru. Lulus peperiksaan kerana ilmu yang diberikan oleh guru. Berjaya masuk ke universiti di dalam atau di luar negara juga disebabkan peranan guru yang dimiliki kelak sama ada menjadi doktor, peguam, polis, akauntan, jurutera, juruterbang, guru, ahli bomba, jururawat, dan sebagainya ialah hasil
daripada ilmu yang ditimba daripada mereka yang bergelar guru.
1._______________
2._______________
1_________________
2.______________
Praktis 2Baca petikan di bawah ini dengan telitinya,senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata hubung gabungan.
Seluruh sistem perundangan dan kehakimaan perlu melalui proses gerak gempur penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, segalanya bertitik tolak daripada nilai jati diri setiap mereka yang terlibat di mahkamah. Kecintaan terhadap bahasa Melayu harus dipasak dan diperkasakan. Mustahil untuk menterjemahkan segala kandungan teks undang-undang daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sistem latihan melalui kursus-kursus yang menekankan penggunaan bahasa Melayu harus dipertingkatkan dalam kalangan hakim,pendakwa raya dan peguam. Arahan yang lebih tegas wajar dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu didahulukan dalam semua prosiding mahkamah kecuali penggunaan istilah tertentu dalam bahasa Latin atau bahasa asing yang lain boleh dibenarkan
1.__________________ 2.______________________ 1. _________________ 2_______________________
LATIHAN PENYUNTINGAN
Praktis 1 Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senarai dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Faedah bersukan yang utama adalah aktiviti ini dapat mendisiplinkan diri. Hal ini dikatakan demikan kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi. Sukan juga amat penting bagi melahirkan remaja yang sihat, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Hal ini disebabkan oleh kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyehatkan badan dengan membakar lemah berlebihan di dalam badan.
Tambahan pula, bersukan boleh dijadikan hobi yang mengisi masa lapang. Dengan mengisi masa lapang dengan bersukan, remaja tidak sahaja dapat mengelakkan diri daripada membazir masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan dapat terhindar masalah sosial yang semakin runcing dalam kalangan remaja belakangan ini. [ 9 markah ]
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
6._______________
7._______________
8._______________
9._______________
Praktis 2 Petikan mengandungi dua belas kesalahan bahasa. Senarai dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Sastera mempunyai pelbagai peranan dalam masyarakat, bergantung kepada cara kita mentaksirkannnya. Karya sastera yang baik lazimnya terpaparkan reliti masyarakat dengan jujurnya. Di samping itu, sastera juga kemukakan ilmu dan fikiran bagi memajukan masyarakat. Penulis menjadi wakil menyampaikan suara gulungan yang tertindas tanpa mengira latarbelakang , keturunan, kaum , jantina dan agama. Kita juga boleh menggunakan karya sastera untuk memupuk semangat cinta kepada negara, memupuk perpaduan, dan menyerlahkan 39 identiti bangsa. Melalui karya sastera, kita dapat lahirkan masyarakat yang menyintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan.[ 12m]
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
6._______________
7._______________
8._______________
9._______________
10.______________
11_______________
12_______________
Praktis 3 - Dalam Petikan terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Tahun 2020 merupakan tahun yang tercabar bagi sektor koperasi kerana tidak dapat melaksanakan pelbagai aktiviti koperasi dengan licin disebabkan pandemik COVID-19.Bagaimanapun prestasi koperasi yang berterusan telah memberi pulangan dan keuntungan kepada anggota. Hal ini sekaligus menambahkan keyakinan kepada anggota koperasi untuk menyokong koperasi seterusnya menjana keuntungan berdasarkan perbelanjaan berhemah. Sesungguhnya tindakan bersiap siaga perlu koperasi lakukan untuk menghadapi kekangan dan risiko era ekonomi yang tidak tentu. [6 markah]
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
6._______________
Praktis 4
Petikan di bawah mengandungi sepuluh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Atlet daripada sekolahlah tempat lahirnya jagoh-jagoh bertaraf dunia samada dalam sukan badminton, skuash, hoki, dan lain-lain. Lagu Negara-ku banyak kali berdendang megah di gelanggang antara bangsa apabila mereka muncul sebagai juara. Pada hakikatnya, kejayaan atlet negara tidak kekal lama kerana faktor tenaga dan usia.Oleh kerana itulah, atlet palapis berusia 14 hingga 18 tahun yang dibekal oleh sekolah-sekolah dalam kejohanan sukan berprestij adalah sangat penting. - Dipetik drpd Sekolah Lahirkan Atlet Kelas Dunia/Abdul Ghani Ahmad Pendidik, Sep 2018
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
6._______________
7._______________
8._______________
9._______________
10______________
Praktis 5
Dalam petikan , terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu melaksanakan pembaruan dengan kadar segera untuk memastikan institut bahasa dan budaya yang paling diiktiraf di Malaysia itu kekal relevan. DBP juga perlu memperkasakan dan mempergiatkan penerbitan buku dalam bidang sains dan teknologi sesuai dengan hasrat kerajaan dan konspirasi negara untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu, berpengetahuan tinggi, berdaya maju dan berdaya saingan pada peringkat antara bangsa. Dipetik daripada DBP Perlu Dijenama Semula,-Siti Fatimah-, Jun 2019[6 m]
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
6._______________
Praktis 6
Dalam petikan , terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
Rekahan tanah dalam kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi semakin serius apa bila turut membabitkan kawasan tapak pam air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak beberapa meter sahaja daripada lokasi asal kejadian. Lokasi tersebut berada dalam zon kuning dan pemeriksaan akan dilakukan secara berterusan. Kebanyakkan penduduk yang terlibat sudah berpindah dan menumpang di rumah saudara mereka buat sementara waktu. Dipetik daripada Tebing runtuh Oleh Hazelen Liana, Februari 2021 [5 m]
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
Praktis 7
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Manusia merupakan mahluk hidup yang paling unik sekali berbanding semua hidupan di muka bumi justeru sistem tubuh manusia bekerja tanpa henti. Bagi mempastikan sistem inibertahan, tidur merupakan keperluan untuk berehat. Ada orang berfikir bahawa tidur suatu perbuatan yang merugikan, maka tidak perlu memperuntukan masa yang banyak untuk tidur. Bagi seseorang yang tidur selama enam jam sehari, dua puluh lima peratus dari masa hidupnya pada hari itu hilang. Jika masa tidur ini dikurangkan sudah pasti, banyak perkara yang bermanfaat dapat dilakukan dalam waktu yang dijimatkan ini. Ada pelbagai punca-punca yang dikaitkan dengan masalah tidak cukup tidur, antaranya seperti ketakutan, ketegangan emosi, tekanan kerja, tekanan kewangan dan sekitaran yang bising. Hal ini menyebabkan pelbagai komplekasi, seperti sukar menumpukan perhatian, cepat marah dan mudah tertekan. Malah, dalam jangka masa panjang, hal ini dapat mempercepatkan kematian. Pengabaian tidur merupakan fenomena biasa yang perlu dibaiki. Mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan atau kesan kekurangan tidur tidak dirasai dalam tempuh segera, masyarakat seakan-akan bena tak bena bila mata telah kuyu yang menandakan
badan perlu segera tidur.Dipetik daripada Tidurlah Dengan Rela Oleh Mohd. Syukri Dewan Kosmik, Bil 11/14[13 m]
1._______________
2._______________
3._______________
4._______________
5._______________
6._______________
7._______________
8._______________
9._______________
10______________
11_____________
12______________
13______________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan