Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 19 Februari 2023

1103/2 2 SULIT BM PERCUBAAN NEGERI SARAWAK 2022

 

1103/2 2 SULIT BM PERCUBAAN NEGERI SARAWAK 2022

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA[ 35 Markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan, senaraikan dua kata ganda tunggal dan dua kata ganda berimbuhan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.[ 8 markah]

Funtasy House Trick Art mempunyai 26 jenis lukisan tangan yang mampu menghasilkan gambar seakan-akan objek hidup. Pelancong yang datang memuji-muji keindahannya selain turut sempat mengabadikan foto berlatarbelakangkan lukisan mural itu yang terdapat di situ untuk dijadikan kenang kenangan. Rata-rata pengunjung yang datang berpuas hati dan kagum akan kehalusan seni yang dihasilkan. Menurut salah seorang pelukis mural, lukisan yang terhasil mengimbau kenangan Ketika kanak-kanak. Eric Lai yang aktif melukis mural sejak empat tahun lalu telah menghasilkan kira-kira70 buah karya di sekitar bandar Ipoh.

( Dipetik daripada “Mural Lukisan 3D Gamit Pelancong Asing” Oleh Balqis  BH Online, 7/4/ 2017)

Kata ganda tunggal

1.      __________________________________________________________________________________

2.      __________________________________________________________________________________

Kata ganda berimbuhan

1.      __________________________________________________________________________________

2.      __________________________________________________________________________________

SOALAN 2: SINTAKSIS

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Terarium ialah ekosistem miniatur tumbuhan hiasan di dalam bekas. Terarium boleh menggunakan pelbagai jenis lumut. Pemilihan balang amat penting. Pembuatan terarium ini agak rumit. Set terarium ringkas boleh disiapkan dalam tempoh tidak sampai satu jam. Terdapat pembeli menjadikan hiasan ini sebagai hadiah.

1.      Subjek : ___________________________________________

               Predikat : ___________________________________________

2.      Subjek : ___________________________________________

               Predikat : ___________________________________________

3.      Subjek : ___________________________________________

               Predikat : ___________________________________________                        [6 markah]

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan.

Petikan 1

 Penyakit tibi atau Tuberkulosis mampu dijangkiti seseorang tanpa mengira bangsa dan kedudukkan geografinya. Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktur pemangkin seseorang itu dijangkiti tibi walaupun terdapat anggota-anggota keluarga yang pernah dijangkiti tibi sebelum ini. Tibi juga tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman. Anggota keluarga lain turut tidak akan dijangkiti tibi jika pesakit tibi telah menerima jagaan lebih dari dua minggu di hospital.

Dipetik daripada ‘Ancaman Penyakit Tibi’ oleh Zulafiqar MohdYusof, Dewan Siswa, bil.12/2018 DBP [5 m]


1.__________________

2.__________________

3.__________________

4.__________________

5.__________________


Petikan 2

Sabariah: Selamat pagi, Doktor Siti. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian doktor untuk di wawancara pada pagi ini.

Doktor Siti: Selamat pagi.

Sabariah: Saya Sabariah daripada Sekolah Menengah St Anne, ingin mewawancara doktor berkaitan dengan pendemik COVID-19. Doktor, apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan virus ini?

Doktor Siti : Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi mempastikan COVID-19 tidak terus merebak, di antaranya mengenakan sekatan kemunculan pelancong dari luar negara.

Selain itu, bagi rakyat Malaysia yang pulang ke Malaysia, mereka perlu dikuarantin selama 14 hari. Masyarakat juga diwajibkan memakai penutup muka apabila berada di tempat yang sesak.

Sabariah: Terima kasih doktor atas kesudian doktor untuk menerangkan tentang langkah yang telah diambil untuk mencegah virus COVID-19 daripada terus merebak.

Doktor Siti: Sama-sama.


1.__________________

2.__________________

3.__________________

4.__________________

5.__________________

6.__________________


SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________[6 m]

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Ibu: Suzi, jagalah diri baik-baik ketika kamu berada di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Suzi: Terima kasih, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya.

Ibu: Di luar negara nanti ibu berharap Suzi belajar rajin-rajin sehingga berjaya mendapat segulung ijazah, bak kata peribahasa alang-alang berdakwat, biarlah hitam.

Suzi: Saya tidak akan lupa nasihat ibu itu.

Ibu:Satu lagi,jangan lupa pulang ke halaman bagai ikan pulang ke lubuk setelah tamat pengajian di luar sana.[4 m]

1.      ______________________________________________________________

2.      ______________________________________________________________

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM  Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

TUARAN: Rekaan pereka fesyen diinspirasikan pakaian tradisi etnik Rungus dari Sabah, dinobatkan di tempat ketiga sempena pertandingan International Borneo Fest 2019 yang berlangsung di St.John Church, Hyde Park, London, baru-baru ini.

Difahamkan, seramai 15 peserta berentap dengan masing-masing dua model peragaan sebelum disenarai pendek kepada Sembilan peserta yang layak ke peringkat akhir bagi Kategori Borneo Designer Award dianjurkan Borneo Street Kuala Lumpur.

Peserta, Ahmad Fikri Gompul , 31, berasal dari Kampung Pangadawan Kiulu, Tuaran di sini, berkata rekaan itu dihasilkan daripada kain tenun pakaian tradisi etnik Rungus yang digabungkan bahan Corduroy (Denim) dan Chiffon untuk membolehkan kelahiran baju berkonsep ‘sedia untuk dipakai’.

“Konsep pertandingan ini bertujuan menghasilkan pakaian moden yang menggunakan corak serta warna daripada pakaian tradisional etnik di Sabah dan Sarawak.”

“Saya harap usaha ini menjadi contoh kepada pereka fesyen tempatan yang boleh menarik generasi baharu mengekalkan pemakaian tradisi kekal relevan walaupun mengalami perubahan yang pesat,”katanya.

Bahan 2

Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG

Setelah kedatangan Islam, wanita Melayu mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan kain labuh yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihatkan sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kamu lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu seakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar Panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok. Baju melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu, baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.

i.                 Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kekal relevan. [2 markah]

___________________________________________________________________________

ii.                Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pakaian moden berunsurkan tradisional dan pakaian tradisional Melayu. [3 markah]

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii.                Banyak usaha yang boleh diambil untuk mempopularkan pakaian tradisional negara di peringkat global. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha tersebut ? [3 markah]

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iv.               Anda menyertai kumpulan pereka sekolah anda untuk menyertai Pertandingan Mereka BusanaTradisional Abad ke-21 peringkat antarabangsa di luar negara. Apakah unsur-unsur yang anda akan tekankan dalam usaha mereka busana tradisional yang memenuhi cita rasa pengguna abad ke-21 ini? [4 markah]

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA   Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Posmen : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

Aiman : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

Posmen : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untukmenyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abangmacam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.

Aiman : Abang buang sahaja surat ini. Saya tidak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah sertai program macam ni. Ayah saya ada banyak duit. Apa yang saya nak, semuaboleh dapat. Buang masa dan tenaga sahaja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi...ha...ha...ha.

Posmen : Tak baik cakap macam itu, banyak kebaikannya program seperti ini. Cuba jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen,Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP

Bahan 2


Syair Ramaja Bersukan

Dengarkanlah remaja pesanan bestari,

Mari bersukan setiap hari,

Usah malas merajai diri,

Tubuh mengembang penyakit mencari.

 

Ramai ramaja leka di rumah,

Bermain peranti mulut tak ramah,

Aktif bersukan menyimpan hikmah,

Tidak berdaya badan pun lemah.

 

Badan berpeluh bersukan sentiasa,

Berbau busuk tidak biasa,

Orang memandang tidak selesa,

Penampilan diri rosak binasa.

 

Remaja kini tidak bersukan,

Kurang kesedaran juga didikan,

Keluarga menghalangpelajaran diutamakan,

Tiada motivasi galakan rakan.

   Roslan Daud Taman Melawati.


i.     Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyimpan hikmah. [2 markah]

________________________________________________________

ii.    Berdasarkan semua bahan, nyatakan punca-punca remaja kini tidak berminat dengan aktiviti luar.[4 m]

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii.   Aktiviti luar seperti bersukan dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada remaja. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat aktiviti luar yang disertai oleh remaja? [3 markah]

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iv.   Seorang rakan anda amat meminati bidang sukan. Dia telah menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan pertandingan sukan pada peringkat sekolah, daerah dan negeri. Dia juga bercitacita menjadi seorang atlet sukan yang berjaya. Dengan itu, dia boleh menjadi salah seorang daripada jutawan sukan seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Sebagai rakan yang prihatin, berikan cadangan kepada rakan anda tentang cara-cara yang boleh rakan anda lakukan untuk mencapai cita-citanya menjadi atlet sukan yang berjaya? [4 markah]

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SOALAN 8:NOVEL(i)Baca petikan novel dengan teliti, kemudian jawab soalan menggunakan ayat anda sendiri.

Cemas dan takut, binatang itu berdengus menyeringaikan gigi tajamnya. Kerana terperanjat, kedua-dua sepupu itu menjerit sekuat-kuat hati. Dalam suasana panik, monyet itu menerpa ke arah Waheeda. Jari dan kuku panjang haiwan itu merangkul kepalanya dan spontan dia terasa gigi tajam haiwan itu mencengkam hidung dan pipinya. Waheeda terasa pedih bukan main. Tangannya menepis kasar binatang itu. Haiwan liar itu melompat tersusup-sasap sebaik-baik terpelanting ke atas lantai.

Hujung batang penyapu kayu dilibas Fatimah terkena badan haiwan berbulu putih itu. Sepantas kilat monyet itu melompat keluar melalui tingkap ke arah pokok kelapa. Monyet itu panik. Batang penyapu itu begitu memeranjatkannya sebelum sempat ia membenamkan giginya sekali lagi ke wajah Waheeda. Semuanya berlaku begitu pantas.                                    Dipetik daripadaNovel Tirani Karya Beb Sabariah KPM

(i)Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Waheeda dan Fatimah apabila diserang oleh monyet. [4 markah]

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Pantai Kasih karya Azmah Nordin    b. Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab novel tersebut sesuai dijadikan

sebagai bahan bacaan murid. [6 markah]

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru