Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 6 November 2019

Aku ayam, dikatakan binatang yang paling miskin. ENJOY READING....!


Aku ayam, dikatakan binatang yang paling miskin

​Kalau nak tahu, binatang yang paling miskin ialah ayam. Tulisan ni pun aku dah tak berapa nampak sebab aku ni RABUN AYAM. Kasihan....kan?! deritanya hidup ayam, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulisan pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun jadi tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan diri yang masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.  BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Puncanya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR apabila teringatkan peristiwa  kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM. Hari ini  makan Telur AYAM goreng dikatakan MATA KERBAU. Kerbau dapat nama. Malang sungguh nasib ku sebagai seekor AYAM. Nasib kau lah wahai ayam........!.
Berasa nak lari dari rumah jah, sebab aku tak mahu jadi AYAM TAMBATAN, hajatnya aku nak lari!, terutama musim ini, tapi jangan cuba nak tangkap aku, nanti AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI . Aku sering disindir, AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN,  ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN. Walau sering disindir kerana miskin, aku dan  kawan aku itik buat tak tahu, AYAM TAK PATUK,  ITIK TAK SUDU. Dan semasa berjauhan dengan keluarga aku jadi seperti AYAM KEHILANGAN IBU.
Haih.... mengelamun pulak aku ni.... tuh... tu dengar tu...... AYAM BERKOKOK TANDA HARI NAK SIANG.... tidak ada apa-apa nak dimakan pada pagi ini kerana AYAM SUDAH DI SAMBAR HELANG.  Kasihan.......kasihan......! Aku duduk diam-diam sahaja dalam rumah sambil berilusi  sepanjang musim PKP covid 19



 


CARA MENULIS NOMBOR DALAM BAHASA MELAYU


CARA MENULIS NOMBOR DALAM BAHASA MELAYU
Pengguna bahasa keliru dengan penggunaan angka dalam penulisan. Hal ini demikian kerana kita kurang didedahkan dengan cara menulis angka atau nombor dengan betul. Berikut merupakan beberapa cara menulis angka dalam penulisan bahasa Melayu.
1.       Nombor kurang daripada 10, nombor  tersebut perlu dieja sepenuhnya. 1, 2,3,4,5,6,7,8,9 Contoh :
  Di dalam kotak itu ada 3 ekor anak kucing.          (sepatutnya ) Di dalam kotak itu ada tiga ekor anak kucing.
Jika angka tersebut berada di pangkal/ permulaan ayat tetap ditulis angka walaupun lebih daripada 10.
Contoh :             15 orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat  ke sekolah.
                           (bukannya) Lima belas orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat ke sekolah.(x)
2.       Nombor lebih daripada 10, nombor tersebut tidak perlu dieja sepenuhnya, gunakan angka.
12, 36, 101, 1234 dan sebagainya
Contoh :  Satu ratus satu  orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.(x)
(sepatutnya)101 orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.
3.       Nombor yang melibatkan tarikh tidak perlu dieja.
3 Disember ini dia akan menyambut hari lahirnya. ( atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal  31 Ogos ini.
 (bukannya) Tiga Disember  ini dia akan menyambut hari lahirnya. (atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal Tiga Puluh SatuOgos ini.(x)
4.       Nombor  yang  melibatkan  unit  yang besar seperti ribu, juta, billion dan seterusnya.
12 000, 100 000, 23 000 000
Contoh :  100 000 keping sampul  surat kenang-kenamgan berjaya dijual dalam tempuh dua hari oleh pejabat pos itu.
(sepatutnya) 100 ribu keping sampul surat kenang-kenangan berjaya dijual dalam tempuh empat  hari oleh pejabat pos itu.
Mengikut laporan  The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir
30 000 000 orang.
(sepatutnya) Mengikut laporan  The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir 30 juta orang.

Lagi ejaan yang salah dan yang betul




EJAAN YANG SALAH DAN PEMBETULANNYA

Banyak calon SPM masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian.

Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan ejaan yang tepat bagi sesetengah perkataan yang mengelirukan.  Jangan silap lagi.........

  1. resepi ❌ resipi ✔ 
  2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔ 
  3. istirehat ❌ istirahat ✔ 
  4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔ 
  5. sambilewa ❌ sambalewa ✔ 
  6. dasyat ❌ dahsyat ✔ 
  7. insuran ❌ insurans ✔ 
  8. ambulan ❌ ambulans ✔ 
  9. juwita ❌ juita ✔ 
  10. unggu ❌ ungu ✔ 
  11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔ 
  12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔ 
  13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔ 
  14. redha ❌ reda ✔ 
  15. kerinting ❌ keriting ✔ 
  16. bergu ❌ beregu ✔ 
  17. kontingen ❌ kontinjen ✔ 
  18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 
  19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔ 
  20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 
  21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔ 
  22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔ 
  23. majerin❌ marjerin ✔ 
  24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔ 
  25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔ 
  26. margasatwa ❌ mergastua ✔ 
  27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔ 
  28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔ 
  29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔ 
  30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔ 
  31. mee ❌ mi ✔ 
  32. kuey teow ❌ kuetiau ✔ 
  33. respon ❌ respons ✔ 
  34. sunnah ❌ sunah ✔ 
  35. ramadhan ❌ ramadan ✔ 
  36. leukimia ❌ leukemia ✔ 
  37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan 
  38. katrij ❌ kartrij ✔ 
  39. cop nama ❌ cap nama ✔ 
  40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔ 
  41. alergik ❌ alergi ✔ 
  42. ansurans ❌ ansuran ✔ 
  43. urusetia❌ urus setia ✔ 
  44. keretapi ❌ kereta api ✔ 
  45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔ 
  46. naskah ❌ naskhah ✔ 
  47. atlit ❌ atlet ✔ 
  48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔ 
  49. urusetia ❌ urus setia ✔ 
  50. fax ❌ faks/faksimile ✔ 
  51. was-was ❌ waswas ✔ 
  52. stokin ❌ stoking ✔ 
  53. karenah❌ kerenah ✔ 
  54. kemaskini ❌ kemas kini ✔ 
  55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔ 
  56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔ 
  57. temu janji ❌ janji temu ✔ 
  58. menghadkan ❌ mengehadkan ✔ 
  59. hajjah ❌ hajah ✔ 
  60. agen ❌ ejen ✔ 
  61. murtabak❌martabak✔

Selasa, 5 November 2019

Useful Idioms For SPM Essays with its meaning



Useful Idioms For  SPM Essays with its meaning
you can use these for your  SPM essays. I often use these phrases in my essays myself, especially for informal letters and narrative esssays.  Read these idioms often & you will be able to use them by heart in your essays too. If I can do it, so can you!
1.       Feeling under the weather – feeling unwell
If you ever feel under the weather, just drink a lot of liquid and get plenty of rest.
2.       Eleventh hour – at the last minute
To get flying colours for your exam, you must avoid doing things at the eleventh hour.
3.       Around the corner – something is getting near
When exam is around the corner, students will start to feel the pressure of it.
4.       Over the moon – feeling very happy
I am feeling over the moon for your invitation to visit your country!
5.       On the cloud nine – feeling very happy
Jeane is feeling on the cloud nine after got the news that she is accepted to Harvard University.
6.       Hit the books – study hard
You may need to start hitting the book because exam is around the corner.
7.       Brainstorm – to think very hard
I recommend you to be in a study group so that you can brainstorm these tricky questions with them.
8.       Birdbrain – expression for someone who is not so smart
Don’t be a handsome man with a birdbrain.
9.       Bookworm – someone who likes reading
I am not telling you to be a bookworm, but you need to start reading more to write better essays.
10.   Hang in there – don’t give up yet
Despite all the chaos happening in your house, just hang in there because after every storm, there will always be a rainbow.
11.   Give/lend a hand – to help someone
If you want to have a happier life, make it a habit to lend others a hand to achieve their goal.
12.   Give it a shot – give it a try
Just give this competition a shot, you may be able to unleash your hidden potential.
13.   Make up your mind – to decide something
I had to make up my mind as fast as lightning because my sister’s life is currently on the line.
14.   Time flies – time passing fast
It is common to feel that time flies during an examination. So just keep track on your time and you will never hand in an empty paper.
15.   Speak your mind – say what you honestly feel
Quit beating around the bushes and speak your mind. I have no time to argue with your endless mambo jumbo.
16.   Beating around the bushes – avoid giving direct answer.
17.   Mumbo jumbo – words that intend to confuse
18.   Bear in mind – remember
I hope that I have shared enough information about how to write a good essay. Bear in mind that you can always ask me for more tips and advices in the future!
19.   Stretch our legs – get some exercise
Upon reaching Mount Kinabalu’s base point, we stretched our legs and prepare mentally for the journey.
20.   Cross my mind – to think about something
You crossed my mind too often lately that I cannot resist but to write you this letter.
21.   Slip my mind – to forget something
Pardon me for my carelessness, I will make sure that this task will not slip my mind anymore in the future!
22.   Give a piece of your mind – give some of your thoughts/ideas
Let me give you a piece of my mind about how to handle stress.
23.   At your fingertips – easily accessible
With the latest technology advancement nowadays, searching for information as detail as someone’s home address is at our fingertips.
24.   Safe and sound – safe
I am glad that you reached in Tenom safe and sound. Send my regards to your family!
25.   Out of the blue – without warning
Dark skies and raging thunders, it was terrifying. I was alone in the house and out of the blue, I heard a sound of shattered glasses in the kitchen. It turned out my naughty cats dropped my favourite cup!
26.   Get cold feet – getting nervous
I am pretty sure that Usain Bolt also gets cold feet before every competition. So worry no more. If he can do it well in every race, so can you!
27.   I’m all ears – I’m listening intently
I know that all those troubles in your house is bothering you a lot, but bear in mind that I’m all ears.
28.   See eye to eye – agree with each other
To be able to see eye to eye with your partner is the key to a successful marriage. Even if you cannot do so, compromise is the plan B!
29.  
30.   The bottom line – the final result
The bottom line of the research is that every yea, people eliminate tons of garbage in their household.
31.   Rain check  - to cancel something now but will accept it later
Due to my parents’ current financial situation, I need to take a rain check  for the annual dinner
32.   A blessing in disguise – something good behind an event
Be strong my dear friend, believe that there is a blessing in disguise. This depressing event will make you a better and stronger person in the future. Hang in there!
33.   Every cloud has a silver lining – something good behind an event
34.   Be in hot water – to be in dangerous situation
I regret my decision for coming to this adventure. Not only it was giving me a hard time surviving in a deep forest, it also made me be in hot water when we encountered the tiger!
35.   Call it a day – to stop something after working hard
I decided to call it a day after 5 hours of doing revisions and exercises.
36.   Rome was not built in a day – things take time to succeed
Lee Chong Wei is among the greatest badminton player in the world because he started training early. It shows that Rome was not built in a day. Greatness takes time to achieve.
37.   You can’t judge a book by its cover – you cannot tell someone’s true personality simply by appearance
I was feeling blue when I found out that I got that worst looking cookie among my friends. However, it tasted phenomenal because the ugliness was cause by ample of chocolate chips! This made me realize that we cannot judge a book by its cover.
38.   Go to the extra mile – to make extra effort for something
      In order to be better than your friends, you must go to the extra miles where nobody has been.
39.   Bite your tongue – to avoid talking
Michone bit her tongue and squeezed the hands when they were making fun of her.
40.   Grab a bite – eat
Remember to grab a bite before starting your day.
41.   Practice makes perfect – with a lot of practices, you will get better
Just like the guy in the movie Whiplash, he practiced drumming all day and night because he knows that practice makes perfect.
42.   Raining cats and dogs – the rain is heavy and noisy
I was starting to feel worried,  my parents still had not fetch me from school and I had a sixth sense that it will rain cats and dogs soon!
43.   You are what you eat – if you eat healthy food, you will get a healthy body
Obesity is a forever rising issue among every range of ages. So bear in mind that you are what you eat. Start practicing healthy lifestyle now.
44.   Race against the clock – an attempt to do something very quickly
Never race against the clock while finishing your assignments.
45.   At the crack of dawn – early in the morning
We started our journey to conquer Mount Everest at the crack of dawn.

Isnin, 4 November 2019

Bahasa Melayu Klasik Tukar Kepada Bahasa Melayu Standard 2022

Bahasa Melayu Klasik Tukar  Kepada Bahasa Melayu Standard 2022

Latihan Bahasa Melayu Standard 1 (Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali. dua tiga buah perahu Siam alah, Ialu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan Bahasa Melayu Standard 2 (Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam. "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita." Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan Bahasa Melayu Standard 3 (Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Saripun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan Bahasa Melayu Standard 4(Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan Bahasa Melayu Standard 5 (Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama- sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Latihan Bahasa Melayu Standard 6 (Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan Bahasa Melayu Standard 7 (Tukarkan petikan klasik kepada bahasa Melayu standard)

Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka, maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


KOLEKSI SOALAN KERTAS 1 PERCUBAAN SPM Karangan bahagian B

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM   BAHASA MELAYU KERTAS 1
SELANGOR
SOALAN 1:Penggunaan media sosial telah menguasai kehidupan sebahagian besar remaja masa ini walaupun mereka mengetahui terdapat banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai seorang remaja, huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan  untuk memastikan penggunaan media sosial  akan memberi faedah kepada diri anda.
SOALAN  2:Pada era teknologi tanpa sempadan ini, masyarakat semakin sibuk sehingga menyebabkan semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan mereka. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
SOALAN 3:  Selaku Setiausaha Kelab Pelancongan sekolah, anda telah menyertai lawatan ke salah sebuah tempat yang bersejarah di negara kita.
Tulis sebuah laporan tentang keistimewaan tempat bersejarah tersebut.
SOALAN 4:Teknologi perubatan yang semakin canggih telah meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di seluruh dunia. Ulas pernyataan tersebut.
SOALAN 5:Pantun, gurindam, syair, dan seloka merupakan puisi tradisional warisan bangsa yang semakin dilupakan oleh generasi lalu.    Huraikan peranan pelbagai pihak supaya puisi tradisional tersebut kembali diminati.
SMK SG MANIK, PERAK
SOALAN 1:Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan diri agar sentiasa terjaga demi kesejahteraan hidup.
SOALAN 2: Dewasa ini semangat sayang-menyayangi dalam kalangan masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan negara.
Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat yang penyayang.
SOALAN 3: Anda telah menyertai pertandingan syarahan  yang bertajuk “Usaha-usaha untuk Memajukan Destinasi Pelancongan Negara”.   Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
SOALAN 4: Bencana alam sering berlaku di serata dunia. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam. Huraikan faedah memberikan sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.
SOALAN 5:
Pandai-pandailah kauterbang
Menongkah awan mulus dan kabus dingin
Jangan kaupulang
Dengan percikan duka dan balutan luka
Di sayapmu yang patah
Petikan sajak ‘Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus’ di atas menjelaskan bahawa penyajak mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan. Jelaskan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk memenuhi harapan ibu bapa.
KELANTAN
SOALAN 1:Penjagaan kebersihan amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan kebersihan. Huraikan cara-cara anda menjaga kebersihan.
SOALAN 2: Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka mengabaikan tugasan harian di samping menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran. Jelaskan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka.
SOALAN 3: Pengambilan makanan tambahan memberikan pelbagai kesan kepada masyarakat. Bincangkan.
SOALAN 4:Kestabilan ekonomi dan peluang pekerjaan yang luas merupakan antara faktor Malaysia menjadi pilihan pekerja asing khususnya dari negara jiran. Huraikan faktor-faktor Malaysia menjadi pilihan pekerja asing untuk mencari rezeki.
Soalan 5:Penulis karya sastera sebenarnya memainkan peranan dalam usaha melahirkan masyarakat yang minat membaca dengan menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Nyatakan ciri-ciri karya yang boleh menarik generasi muda menjadi masyarakat yang minat membaca.
PERLIS
SOALAN 1:Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang perlu diberikan perhatian oleh murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang. Huraikan cara murid memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang.
Soalan 2:Anak harus diterapkan dengan pendidikan keusahawanan sebagai persediaan menceburi bidang perniagaan. Bincangkan peranan ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
SOALAN 3:Pelbagai amalan boleh dilakukan oleh masyarakat ke arah memupuk semangat kejiranan. Ulaskan pernyataan tersebut.
SOALAN 4:Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global. Jelaskan kepentingan pelaburan asing kepada negara-negara yang terlibat.
SOALAN 5:
GURU OBOR HEMAH PERTIWI  Ungkapan ini menunjukkan bahawa guru merupakan insan yang gigih  berusaha demi memastikan kejayaan muridnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud ungkapan tersebut.
MRSM
SOALAN 1: Minggu Kerjaya yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada peluang-peluang kerjaya, persediaan kendiri dan kursus-kursus yang ditawarkan selepas tamat persekolahan. Bincangkan.
SOALAN 2: Budaya makan bersama-sama ahli keluarga semakin kurang diamalkan pada hari ini. Jelaskan punca-punca tersebut.
SOALAN 3: Sempena Bulan Membaca Kebangsaan, anda sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber telah diminta untuk menyampaikn ceramah yang bertajuk, “Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 3030”. Tulis ceramah itu selengkapnya
SOALAN 4: Hutan banyak memberikan sumbangan dalam kehidupan manusia sejagat. Berikan komen anda.
SOALAN 5:
Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pada rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.
Bait pantun di atas menjelaskan masyarakat yang berbudi bahasa. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa.
TERENGGANU
SOALAN 1:Guru umpama ibu bapa kepada murid-murid semasa mereka berada di sekolah. Oleh yang demikian, guru perlu dihormati kerana amalan ini mampu membentuk sahsiah terpuji seseorang murid. Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memupuk sikap  menghormati guru.
SOALAN 2: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam  menjamin kesihatan ahli keluarga. Jelaskan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin kesihatan ahli keluarga.
SOALAN 3: Sempena Minggu Perpaduan Negara peringkat daerah, anda selaku Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah diminta untuk menyampaikan ceramah sempena minggu tersebut. Tajuk ceramah ialah, ‘Perpaduan Asas Keharmonian Negara’. Sediakan teks ceramah selengkapnya.
SOALAN 4:Kemasukan pelabur asing sangat penting untuk memacu dan menjanakan ekonomi sesebuah negara. Huraikan manfaat kepada sesebuah negara dengan kemasukan pelabur asing.
SOALAN 5:Peribahasa, ‘Sehari selembar  benang, lama-lama menjadi kain’ bermaksud tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
SMK CHUNG HWA MIRI
1.        Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan.  Tajuk syarahan anda ialah “Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Riadah”.
2.        Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan saling menolong dalam pelbagai aspek kehidupan.
Bincangkan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila bersama-sama menjayakan sesebuah majlis  seperti sambutan perayaan, majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya.
3.        Walaupun barangan buatan Malaysia berkualiti, namun barangan buatan luar negara masih lagi digemari oleh sebahagian daripada rakyat Malaysia.
Jelaskan faktor-faktor berlakunya fenomena ini dan usaha-usaha untuk menarik rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia.
4.        Pencemaran alam sekitar akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat. Huraikan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar kepada masyarakat global.
5.        Penghasilan sesebuah karya kreatif merupakan satu kemahiran yang kurang diminati oleh generasi muda. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk melahirkan penulis muda yang berbakat.
MELAKA
1. Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah cabaran remaja dalam meningkatkan sahsiah diri.  Tulis teks pidato anda selengkapnya.
2. Semangat patriotisme sangat penting diterapkan dalam diri remaja pada masa ini. Huraikan peranan ahli keluarga dalam memupuk semangat patriotisme tersebut.
PULAU PINANG
1.        Penggunaan Internet dianggap sebagai satu gaya hidup para remaja pada abad ini. Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet kepada anda.
2.        Kekuatan dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat sangat penting. Jelaskan kepentingan hidup berjiran.
3.        Isu kemalangan jalan raya sering menjadi fokus perbincangan dalam kalangan masyarakat. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya di negara kita.
4.        Pergolakan dan peperangan yang berlaku telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa dalam sesebuah negara. Ulaskan kepentingan bantuan kemanusiaan terhadap negara yang terlibat.
5.        Kesabaran merupakan satu unsur nilai murni yang terdapat dalam sesebuah cerpen. Tuliskan sebuah cerpen yang bertemakan kesabaran.
JOHOR
1.        Anda merupakan pengerusi kelab pencinta haiwan di sekolah anda. Anda diminta untuk menyampakan ceramah dalam perhimpunan sekolah. Tajuk ceramah ialah “Cara-cara Murid Menyayangi Haiwan”. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2.        Anak-anak perlu dididik untuk menggunakan barangan buatan Malaysia.Huraikan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia.
3.        Industri pelancongan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan dan pihak lain yang terlibat untuk memanfaatkan semua potensi yang ada dalam usaha memajukan industri pelancongan.
4.        Usaha membanteras aktiviti penyeludupan seperti penyeludupan manusia, barangan dan haiwan perlu ditingkatkan oleh Malaysia dan negara-negara jiran. Jelaskan usaha-usaha tersebut.
5.        Peribahasa ‘Muafakat membawa berkat’ bermaksud kejayaan dapat dicapai sekiranya masyarakat bersatu dan mengamalkan sikap bekerjasama. Bincangkan kepentingan-kepentingan sikap bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.
NEGERI SEMBILAN
1. Kejayaan cemerlang seseorang murid banyak bergantung pada amalan disiplin yang tinggi. Bincangkan.
2. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia. Berikan pendapat anda.
3. Kes kemalangan jalan raya menggusarkan banyak pihak terutamanya kerajaan dan ahli keluarga yang terlibat. Sebagai ketua polis daerah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk, ‘Punca dan Cara untuk Menangani Kes Kemalangan Jalan Raya’ Sediakan teks ceramah tersebut.
4.  Menguasai pelbagai bahasa amat penting terutama dalam dunia tanpa sempadan. Banyak faedah yang diperoleh jika kita menguasai pelbagai bahasa asing.

Jangan Tiru