Peranan
ibu bapa membantu anak-anak dalam menghadapi peperiksaan. Bincangkan
Setiap
kali menjelang peperiksaan, ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak. Kebimbangan ini lebih
ketara di pihak ibu berbanding bapa. Ibulah yang lebih gemuruh dan risau. Bapa
pula biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya. Harapan diletakkan terlalu
tinggi terhadap seseorang anak, membuatkan ibu bapa kelam kabut sehingga lupa akan apa-apa yang
sepatutnya dilakukan pada saat menjelangnya peperiksaan
anak. Ibu bapa perlu tahu persediaan yang perlu dilakukan bagi membantu meningkatkan prestasi peperiksaan anak-anak.
Antara langkah yang
perlu dilakukan apabila anak akan menduduki peperiksaan penting, ialah mewujudkan
suasana
kondusif. Ibu bapa dan ahli keluarga menghormati waktu ulangkaji anak itu dan
setiap ahli keluarga turut menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar, misalnya
ibu bapa memanfaatkan waktu itu dengan membaca bahan-bahan bacaan yang
berfaedah. Adik kecil pula diberi kertas dan pensel untuk bagi menconteng.
Begitulah juga dengan ahli keluarga yang lain. Pastikan tiada seorang pun ahli
keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main
sehingga mengganggu anak yang sedang bertungkus lumus mengulangkaji membuat persediaan menghadapi peperiksaannya. Sesungguhnya,
dengan menyediakan tempat belajar yang selesa, menghormati waktu ulangkaji anak, sianak akan dapat merasakan dirinya dan perjuangannya dihargai
Selain itu ibu bapa
perlu elakkan daripada terlalu banyak aktiviti luar yang melibatkan anak yang
sedang menghadapi SPM 2022. Kurangkan membuang masa dengan aktiviti di luar
seperti keluar membeli-belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi keluarga
dan sebagainya. Ingatlah bahawa setiap minit amat berharga bagi sianak yang
sedang berjuang di medan ilmu.. Ibu
bapa perlu pastikan setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaan
anak menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal ataupun
rohani anak-anak. Perlu diingat kekerapan
berada di luar rumah hanya akan mendedahkan anak terhadap perkara yang tidak
diingini dari segi kesihatan mahupun
keselamatan. Ibu bapa perlu
pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Ada anak yang suka
belajar sehingga lewat malam bagi menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan
biarkan keadaan seperti ini berlarutan Pastikan anak masuk tidur awal dan
bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi
walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang,
emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Kajian menunjukkan banyak
maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi tempoh masa yang lebih lama.
Hakikatnya
ibu bapa perlu cakna akan masa rehat anak, masa tidur anak mencukupi dalam
menghadapi cabaran SPM
Selanjutnya, ibu bapa perlu
berikan anak layanan istimewa setiap kali menjelangnya peperiksaan.Bebaskan sianak daripada melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin seperti mengemas
bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan
sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak,
abang, adik ataupun ibu bapa sendiri. Dengan cara ini, anak yang akan menduduki
peperiksaan dapat merasakan seluruh ahli keluarga benar-benar mahu melihat dirinya cemerlang. Dalam dirinya akan timbul rasa bersalah sekiranya waktu yang diperuntukkan
untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, sedangkan semua orang
memberikan kerjasama. Sianak juga akan mengharapkan suasana peperiksaan seperti ini
akan datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-anak yang lain
pula tidak ada sebab untuk cemburu kerana apabila tiba masa mereka, mereka juga
akan dilayan dengan cara yang serupa. ibu bapa perlu banyak berdoa dan lakukan solat hajat. Tidak ada sesuatu yang
lebih bermakna bagi seseorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada
doa dan
restu daripada ibu bapanya. Ketika inilah ibu bapa meluangkan lebih banyak masa berdoa untuk anak
supaya dipermudahkan urusan anak
menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Berdoalah
dengan suara yang jelas supaya didengar oleh anak dan biarlah anak aminkan doa
ibu dan bapanya itu. Biar anak menyedari yang ibu bapa sering melakukan solat
hajat, menadah tangan dan berdoa untuknya. Dengan cara ini, anak-anak jadi lebih menghargai hasrat dan impiannya, anak pasti terharu dan situasi sebegini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya. Hakikatnya,
apabila ibu bapa mendambakan impian dan harapan dengan penuh keikhlasan,Yang Maha Esa akan permudahkan segala
usaha ibu bapa membantu anak-anak menghadapi peperiksaan, InsyaAllah.
Kesimpulannya ibu bapa perlu
mendorong dan memotivasikan anak untuk belajar dan berjaya. Berikanlah anak
keyakinan dalam menghadapi peperiksaan. Berikan nasihat kepada mereka dengan
penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen
untuk membantu anak-anak menghadapi cabaran SPM . Ilmu itu luas, bagaikan lautan tidak
bertepi. Bantulah anak-anak menghadapi saat-saat getir pencarian ilmu ini, dan
pastikan doa ibu bapa sentiasa mengiringi perjuangan anak-anak.
Karya : Ahmad Haziq - Tingkatan 5 - SMKDMPR1
( Yang pasti kejayaan jadi milik pelajar yang rajin, tekun berusaha. Semoga doa kalian mengiringi perjuangan saya dan rakan-rakan untuk cemerlang SPM )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan