Tokoh idola saya
-Yang Berhormat Dato' Seri Liow Tiong Lai
Yang Berhormat Dato' Seri Liow Tiong Lai merupakan seorang
Menteri yang dikagumi lagi disegani. Beliau telah diamanahkan oleh YAB PM DS
Najib untuk menerajui kementerian pengangkutan dan beliau melaksanakan
amanah yang diberi itu secara berkarisma, beretika, berpandukan profesionalisme
diri seorang menteri, bersama-sama anggota kementeriannya. Memang telah kita
jangka sedari awalnya akan kemampuan dan kebolehan YB DS Liow mencorakkan hala
tuju dunia pengangkutan negara ke aras yang tinggi dan sudah tentu YAB PM
DS Najib dan kita semua berbangga atas kejayaan yang dicapai. Sebagai
Ahli Parlimen Bentong beliau seorang negarawan yang amat disayangi rakyat. Mengapa saya
memilih beliau sebagai tokoh yang saya kagumi? Sebenarnya bukan saya seorang
sahaja yang mengagumi beliau, bahkan ramai lagi rakan sekelas saya
mengklasifikasikan beliau seorang tokoh pemimpin yang unggul lagi dinamik. Ayuh
kita bincangkan bersama-sama perihal ketokohan YB DS Liow Tiong Lai.
Sebagai kata pemula mari kita singkap latar belakang beliau.
YB DS Liow telah dilahirkan di Melaka. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains lulusan Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang Nutrisi. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dengan
mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Latar belakang
pendidikan beliau memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan untuk belajar
bersungguh-sungguh dalam SPM dan meraih kejayaan seperti beliau. Tetapi kita
perlu insaf, kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya. Sudah pasti YB
DS Liow belajar bersungguh-sungguh sehingga beliau mencipta kejayaan yang
cemerlang. Ingat pesan cikgu kita, tidak ada jalan mudah untuk berjaya.
Terutama dalam pencarian ilmu, banyak onak, ranjau dan duri terpaksa kita
tempuhi. Hakikat
inilah yang menjadikan YB DS Liow idola, dan inspirasi
saya demi SPM yang akan saya tempuhi tidak lama lagi.
Selanjutnya beliau melangkah sederap dengan YAB PM DS Haji Mohd Najib memajukan sektor pengangkutan dan logistik di Malaysia. YB DS Liow sependapat dengan YAB PM; amat yakin sistem pengangkutan yang terancang menjadi tonggak penggerak ekonomi negara, memacu kesinambungan kemajuan negara dalam pelbagai bidang. Bersama-sama YAB PM dan Barisan Nasional YB DS Liow berusaha memastikan sistem pengangkutan negara sentiasa berdaya maju. Sebagai contoh, dengan pembangunan berterusan rangkaian kereta api di negara ini, terutamanya dengan pelancaran Fasa 1 MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan akses dan peningkatan kualiti hidup. Lebih-lebih lagi, projek landasan kereta api antara bandar seperti Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) serta projek antarabangsa seperti Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia – Singapura akan membawa kepada sistem perhubungan yang efisien dan seterusnya menyediakan peluang perkembangan untuk perniagaan tempatan. Dengan penuh gembira dan amat berbangga YB DS Liow memaklumkan Fasa 1 bagi Pelan Logistik dan Perdagangan telah berjaya dilaksanakan, dan antara kejayaan utama termasuk pelarasan pangkalan data logistik nasional dan penambahbaikan produktiviti pengangkutan fret. Situasi ini merupakan petanda baik untuk matlamat jangka panjang dalam transformasi Malaysia sebagai hab logistik yang berdaya saing di ASEAN. Dan saya melihat sendiri di kaca TV, di mana-mana sahaja ada YAB PM, di situ ada YB DS Liow dan menteri-menteri yang lain, bekerja dan bekerja. Yang jelas lagi nyata, YB DS Liow bekerja, bekerja dan terus bekerja bersama-sama YAB PM dan BN demi pembangunan negara tercinta. Ketokohan beliau amat saya kagumi, beliaulah pemimpin kebanggaan saya dan rakan-rakan saya.

Tidak dapat dinafikan, YB DS Liow seorang menteri yang
sangat mementingkan elemen perpaduan dalam memastikan semua agenda pembangunan
berjalan dengan lancar. Beliau berpendirian tegas apabila membicarakan soal
perpaduan. Beliau amat bencikan perpecahan. Dan YB DS Liow amat yakin dengan
perpaduan yang dipupuk sejak
zaman puntung berasap hingga ke hari ini akan berkekalan
selama-lamanya. Sikapnya yang positif amat terserlah pada wajahnya yang
sentiasa senyum dan mudah tersenyum. Dalam kalangan pelajar, beliau lebih
dikenali sebagai 'The
Smiling Minister'. Kata cikgu, kalau kita ada masalah, pabila
tengok wajah YB DS Liow, masalah pun segera hilang. Umppph itu kata cikgu
saya!! Tetapi yang saya lihat melalui tv, dan saya baca melalui akhbar, beliau
amat tegas dan positif tentang pentingnya perpaduan demi masa depan
negara. Beliau berpendapat bahawa sebagai rakyat Malaysia kita sememangnya
sangat bertuah kerana dapat mengamalkan kepercayaan dan adat resam
masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni. YB DS Liow begitu
yakin, kejayaan-kejayaan yang dicapai jelas menunjukkan kita memiliki sebuah
kerajaan di bawah kepimpinan YAB DS Najib yang bertanggungjawab dan yang
bersedia berkhidmat untuk rakyat berpaksikan perpaduan. Namun, YB DS Liow
menyuarakan kebimbangannya kerana hari ini terdapat pihak yang memperlekehkan
nilai-nilai murni perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia lantaran
mencetus suasana perpecahan dan permusuhan. YB DS Liow menyeru agar
rakyat menolak elemen-elemen negatif yang memecah belahkan perpaduan
dan menasihatkan rakyat agar sentiasa mengamalkan semangat kesederhanaan
dan kesatuan dan biarlah suasana persaudaraan menghiasi kehidupan kita
yang bagai aur dengan
tebing, yang mengamalkan prinsip sedikit sama merasa, banyak sama
berlaba dalam menikmati suasana perpaduan. Sesungguhnya, selaku
Menteri pengangkutan YB DS Liow Tiong Lai amat mementingkan aspek perpaduan
diasimilasikan dalam pelaksanaan transformasi pembangunan
pengangkutan dan sistem perhubungan di negara tercinta ini.
Rakyat menghayati keikhlasan beliau sebagai seorang menteri dalam kerajaan, YB DS Liow mengaspirasikan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terbela, dan ekonomi negara terus kukuh. Banyak perencanaan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang beliau lakukan dengan tekun dan gigih. Kegigihan beliau benar-benar menginsafkan kita, kalau seorang pemimpin begitu berdaya maju, kita sebagai rakyat perlu menyokong segala usaha beliau. YB DS Liow berpendapat, dalam pertumbuhan ekonomi dunia yang bergerak perlahan, kita perlu bergerak mencari peluang dan merebut peluang itu demi kesejahteraan rakyat. Kerajaan Malaysia hari ini telah berjaya membawa masuk banyak perlaburan yang mana terutamanya dari negara China yang bernilai berbillion ringgit. Kerajaan Malaysia menurut YB DS Liow terus menggembeling tenaga untuk merebut peluang bagi memastikan pelabur-pelabur luar negara masuk melabur di negara ini dan terus memberikan peluang pekerjaan, dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai rintangan telah ditempuhi, kepimpinan negara kita terus mempamerkan daya ketahanan dan ketabahan dalam menempuh cabaran yang mendatang. Menurut beliau, YAB DS Najib dan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. YB DS Liow dilihat amat gembira dengan gandingan usaha dan kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, kita akhirnya berjaya membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) terutamanya dari China dan Jepun. Justeru, pandangan jauh dan kesiapsiagaan usaha beliau bersama-sama YAB PM meningkatkan ekonomi negara menjadikan YB DS Liow salah seorang tokoh pemimpin negara yang saya kagumi.

Tidak lengkap rasanya
perbincangan ini, kalau saya tidak menyentuh soal
keselamatan di jalan raya. Sebagai seorang menteri pengangkutan di sebuah
negara yang maju serta makmur, YB DS Liow acapkali mengingatkan kita, ’bagi sesiapa yang merancang untuk
melancong, menggunakan pengangkutan pada hujung minggu atau pada bila-bila
masa, sila memandu dengan berhati-hati. Marilah kita menikmati hari-hari yang
berlalu dan hari-hari muka sebagai pengguna jalan raya yang bertimbang
rasa dan bertanggungjawab.’Beliau menyatakan kekesalannya yang
teramat sangat, apabila ada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan jalan raya menjadi tempat berlumba, lantaran berlakulah adegan
menakutkan, kemalangan ngeri, yang menghancur-luluhkan hati dan perasaan,
kemalangan yang membawa maut. Angka kematiannya pula bukanlah sedikit, malah
saban hari berlaku kemalangan maut di jalan-jalan raya di Malaysia. Hal ini
membuatkan YB DS Liow selaku Menteri Pengangkutan sering merenung jauh,
renungan yang sayu lagi menyentuh perasaan. Selagi nadi masih berdenyut,
beliau berterusan mencari dan terus mencari punca dan cara mengatasi
masalah yang tiada nokhtah serta tiada
penghujungnya ini.
Kesimpulannya pembangunan
bidang pengangkutan negara diterajui oleh YB DS Liow pada saat ini menghadapi
pelbagai cabaran yang memerlukan sokongan daripada rakyat jelata
untuk terus berkembang maju. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini
sedang mengalami transformasi menyeluruh dan bergerak seiring dengan kemajuan
negara. Kini pengangkutan awam telah menjadi pilihan utama rakyat. YB DS Liow
menaruh harapan agar pengangkutan awam terus mendapat sambutan oleh kalangan
pengguna dan akan terus meningkatkan perkhidmatan yang terbaik
secara berperingkat –peringkat dari segi ketepatan masa dan
perkhidmatan yang diberikan. Usaha dilakukan secara berperingkat, kerana sehari selembar benang lama-lama
menjadi kain, dan beliau yakin akan hakikat, setiap kejayaan itu bermula dengan
langkah pertama. Semoga YB DS Liow terus melangkah ke
hadapan bersama-sama YAB PM Dan Barisan Nasional untuk mencipta kejayaan di
bawah Kementerian Pengangkutan yang beliau terajui.
Oleh : Amirul Asyraf 5 silikon