Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Selasa, 5 Februari 2019

FAEDAH MEMBELI BARANG BUATAN TEMPATAN. BINCANGKAN (karya terbaik pelajar)

 Faedah membeli barang buatan tempatan. Bincangkan 

Ketika melancong ke Paris, banyak barang dibeli. Almaklum untuk dibawa pulang ke tanah air, dijadikan kenangan terindah.  Haihhh.... Ada sesuatu yang cukup unik.cukup menarik, yang diklasifikasikan berjenama ditemui.. Direnung-renung, ditilik-tilik, tercatat pada kotaknya ‘Made in Malaysia’. Dan...  hati ini berkata-kata, kalaulah barang buatan Malaysia sudah berjaya merentasi benua, dijual di pasaran negara-negara Eropah dan Timur Jauh jadi apa salahnya kita memanfaatkan faedah membeli barang buatan tempatan. Kita perlu lebih nekad memilih dan MEMBELI barang buatan tempatan.Ayuh, sama-sama kita hayati faedah-faedah membeli barang buatan tempatan.

 Selanjutnya aspek kualiti mengatasi segala-galanya  apabila kita bercakap tentang produk buatan Malaysia. Pengusaha dan  pengeluar produk tempatan amat mengutamakan mutu barang keluaran syarikat masing-masing. Produk tempatan dijamin kualiti dan daya tahannya oleh SIRIM.  Lihat sahaja perabot buatan Malaysia, memang tahan lasak dan boleh digunakan oleh dua hingga tiga generasi keluarga. Ditenggelami banjir pun perabot –perabot buatan Malaysia tetap kukuh, teguh dan catannya pun tetap ‘bertenaga’ tidak mudah luntur. Produk makanan ringan jenama tempatan jua dijamin kualiti kebersihannya dan disahkan HALAL  dimakan oleh masyarakat Islam. Tahap keyakinan kita terhadap produk tempatan jadi lebih kukuh 100 peratus. Kualiti beras tempatan pula  jauh lebih baik jika dibandingkan dengan beras Siam atau beras dari India. Ternyata jaminan kualiti yang tinggi menjadi penanda aras untuk kita lebih tertarik membeli barang buatan tempatan.

Di samping itu, faedah membeli barangan buatan Malaysia, ialah semangat cinta akan negara yang tinggi dapat disemai dan diterap  di minda masyarakat apabila rakyat  lebih cenderung membeli produk tempatan. Orang yang ego, sombong suka berlagak, jenis spesies ‘SS’ atau syok sendiri akan membeli produk import, atau produk luar negara. Situasi inilah yang dikatakan 'sombong tak bertempat' Sebaliknya rakyat yang kasih akan negara, cinta akan negara dengan rasa rendah hatinya memilih membeli barangan buatan tempatan. Apabila semua rakyat Malaysia membeli jenama tempatan, maka jenama tempatan akan melonjak jualannya di pasaran tempatan dan mempunyai potensi untuk disebarluaskan ke pasaran global. Demi cinta terhadap Malaysia kita beli produk tempatan dan secara langsung kita melonjakkan rasa kasih sayang, apabila jenama tempatan meningkat berganda permintaannya di pasaran tempatan dan di pasaran dunia.. Barangan keluaran Malaysia mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat dan melahirkan rasa cinta kita yang tidak berbelah bahagi terhadap negara. Sememangnya membeli barang buatan tempatan adalah antara prakarsa paling indah kita mencurahkan rasa kasih terhadap negara.

Selain itu kita beli barang buatan tempatan kerana barangan tempatan ada di mana-mana. Tak perlu tunggu hari esok untuk mendapatkannya. Sebut sahaja nama produk itu, ahaa.., produk itu sudah ada di depan mata, ‘ you name it, you got it. Tidak perlu bertangguh. Mudah sangat untuk mendapatkannya, sama ada di gerai tepi jalan, di pasar, di gedung-gedung eksklusif, barangan buatan tempatan jadi kebanggaan kita. Kalau bukan kita mempopularkannya, membelinya, memilikinya, siapatah lagi. Dan betapa bangganya kita apabila masyarakat dunia turut memilih, membeli barang buatan tempatan dan dijadikan sebagai aset dalam dunia pelancongan negara.  Produk tempatan terjual di merata ceruk rantau kota dan desa. Realitinya, membeli barang buatan tempatan tidaklah sesukar mana untuk kita mendapatkannya, kerana produk yang kita idam-idamkan itu ada di mana-mana. Mudah untuk dicari, ditemui dan dibeli.

Kesimpulannya membeli barangan buatan tempatan memberi banyak kebaikan kepada kita. Masyarakat Malaysia usahlah teragak-agak untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia.  Banyak faedah kita perolehi dengan membeli produk tempatan. Hanya jauhari yang mengenal manikam, yakni hanya kita sebagai pengguna yang tahu dan kenal keunikan, kualiti  dan keistimewaan produk tempatan. PENGGUNA BIJAK FAEDAHNYA  BANYAK. Sama-sama kita sokong usaha mempromosi dan membeli barang buatan tempatan. Mudah-mudahan usaha kita itu membuahkan kejayaan.

Raymond Koick Zhie Shiang - Tingkatan 5  - SMKDM1 Tanah Merah Kelantan.

.

 Bacaan santai. Sekadar berkongsi cerita..............

Pagi semalam, saya terima panggilan telefon daripada seorang guru, menjemput saya berceramah di sekolahnya. Katanya,muridnya ada 105 orang(semua lelaki). Saya tidak pernah menolak sebarang jemputan berceramah. Saya setuju. Ketika terima panggilan telefon itu saya dan suami baru sahaja kembali dari UM Lembah Pantai KL menjenguk anak lelaki saya yang dilanda musibah, cermin keretanya dipecah orang dan lap topnya berserta semua pen drive, kamera, kertas kerja untuk pengajiannya yang dalam satu beg semuanya hilang.Laporan polis dibuat.Keletihan ketika itu amat terasa, sebab perjalanan jauh KL - Tanah Merah.Kami balik pada tengah malam hari yang sama.

     Selepas terima panggilan telefon saya terus buat persiapan untuk ceramah, saya keluar ke bandar Tanah Merah beli kertas, beli dakwat untuk printer. Beli di kedai bekas pelajar saya, memang murah. Sempat pula bergurau senda,mengimbau kisah lucu zaman persekolahan dengan mereka.

Sepanjang malam santak ke pagi saya menaip dan print bahan untuk ceramah. Saya hanya berhenti  untuk solat. Saya sediakan bahan yang saya yakin terbaik untuk pelajar. Banyak bahan saya print. Saya amat berhati-hati lakukan kerja-kerja percetakan. Saya print sampai kekeringan dakwat. Dua printer saya gunakan. Bayangkanlah.......... kesibukan saya ketika itu. Tapi saya positif........ tak letak masalah di kepala...... letak sahaja di hujung jari. Happynya saya pabila semuanya lengkap dan kemas. Very, very happy.

    Pagi, saya bertolak ke sekolah berkenaan. Dalam perjalanan  ohohhh.......baru saya sedar saya tidak makan apa-apa sejak semalam. Saya terasa lapar. Lapar yang amat sangat. Saya pujuk hati ini, di tempat ceramah sudah tentu ada makanan disediakan terutama untuk penceramah seperti saya yang datang dari daerah kejauhan. Saya tawakal!

        Walaupun saya tidak tahu lokasi sekolah, akhirnya selepas berhati-hati menjengah dan mencari, sekolah saya temui. Sunyi dan sepi. Saya tawakal. Haih... saya silap sekolah ke? Saya tawakal.....!

        Dalam saya bermenung seorang diri, seorang pelajar tampil ke  kereta saya, beri arahan agar saya terus pandu ke satu bangunan di belakang sekolah. Saya berjalan ke satu lorong, naik tangga ke tempat ceramah.

          Jam 8 pagi saya mulakan ceramah saya.Saya berceramah diselang seli sesi soal jawab. Suasana memang cukup indah. Tetapi kelaparan tidak tertanggung rasanya ketika itu, sebab sehari semalam, hingga ke hari ini saya tak makan apa-apa. Huihh laparnya... saya tekan perut saya sambil berceramah. Saya berceramah selama 4 jam (8 pagi hingga 12 tengah hari) .Sempat jua saya memeriksa karangan seorang pelajar.

             Jam 12 hingga 12.30 pelajar mengelilingi saya bertanyakan banyak lagi soalan berkaitan BM .  Banyak perkara tentang sekolah ini, turut diceritakan oleh  pelajar. Walau baru kenal terasa berada dengan anak-anak sendiri, dalam satu keluarga besar. Mereka tidak kekok bercerita.Saya bakar semangat mereka untuk terus berjuang dalam SPM.

                   Tiba-tiba..........................................

                   Seorang pelajar menegur saya.

                   Cikgu, cikgu nak milo?

                   Oh... Ohohhh.....Nakkkkkkkkk..............................nakk.....!!

Pelajar itu menghulurkan plastik milo yang air batunya telah lama cair

Saya minum sepuas-puasnya

Terasa lega dalam kelaparan dan kehausan

Bagi saya pemberian pelajar yang tiba-tiba muncul dalam  himpunan lebih seratus pelajar, memberi saya minuman dalam plastik miliknya, pada pagi  ini adalah sesuatu yang terindah. Cuma... dia tak offer makanan goreng yang sedang enak dimakannya. Haishhhh... terlebih-lebih pulak saya nih.....

Saya memandu perlahan-lahan menyusur keluar daripada kawasan sekolah.......

Saya suka akan cabaran. Berceramah di sekolah ini merupakan satu cabaran yang  menjadi memori terindah dalam hidup saya.  Pelajar mendengar ceramah dengan penuh tertib, sopan dan naluri ingin tahu mereka tinggi.

Kepada pelajar sekolah ini, pesan saya, usaha sungguh-sungguh untuk SPM nih. Doa cikgu mengiringi perjuanganmu anak-anakku 

Suami tunggu saya kat masjid Tanah Merah dengan senyuman. Singgah sekejap di masjid.  Saya memandu kereta. Suami menyusuri di belakang dengan motosikal.

Malam.

Lepas isyak saya dan suami pergi ke Manal untuk makan malam di kedai favourite kami. Masakannya sesuai dengan citarasa kami orang Kuala Kangsar. Masa membayar tauke restoran beritahu, cikgu tak payah bayar, tadi murid cikgu sudah bayar.

(siapa murid saya itu, saya tidak tahu. Semoga Allah murahkan rezekinya)

Begitulah kehidupan saya.


3 ulasan:

Jangan Tiru