Ketika melancong ke Paris, banyak barang dibeli.
Almaklum untuk dibawa pulang ke tanah air, dijadikan kenangan terindah. Haihhh.... Ada sesuatu yang cukup unik.cukup
menarik, yang diklasifikasikan berjenama ditemui.. Direnung-renung,
ditilik-tilik, tercatat pada kotaknya ‘Made in Malaysia’. Dan... hati ini berkata-kata, kalaulah barang buatan
Malaysia sudah berjaya merentasi benua, dijual di pasaran negara-negara Eropah
dan Timur Jauh jadi apa salahnya kita memanfaatkan faedah membeli barang buatan
tempatan. Kita perlu lebih nekad memilih dan MEMBELI barang buatan tempatan.Ayuh,
sama-sama kita hayati faedah-faedah membeli barang buatan tempatan.
Di samping itu, faedah membeli barangan buatan Malaysia, ialah semangat cinta akan negara yang tinggi dapat disemai dan diterap di minda masyarakat apabila rakyat lebih cenderung membeli produk tempatan. Orang yang ego, sombong suka berlagak, jenis spesies ‘SS’ atau syok sendiri akan membeli produk import, atau produk luar negara. Situasi inilah yang dikatakan 'sombong tak bertempat' Sebaliknya rakyat yang kasih akan negara, cinta akan negara dengan rasa rendah hatinya memilih membeli barangan buatan tempatan. Apabila semua rakyat Malaysia membeli jenama tempatan, maka jenama tempatan akan melonjak jualannya di pasaran tempatan dan mempunyai potensi untuk disebarluaskan ke pasaran global. Demi cinta terhadap Malaysia kita beli produk tempatan dan secara langsung kita melonjakkan rasa kasih sayang, apabila jenama tempatan meningkat berganda permintaannya di pasaran tempatan dan di pasaran dunia.. Barangan keluaran Malaysia mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat dan melahirkan rasa cinta kita yang tidak berbelah bahagi terhadap negara. Sememangnya membeli barang buatan tempatan adalah antara prakarsa paling indah kita mencurahkan rasa kasih terhadap negara.
Selain itu kita beli barang buatan tempatan kerana
barangan tempatan ada di mana-mana. Tak perlu tunggu hari esok untuk
mendapatkannya. Sebut sahaja nama produk itu, ahaa.., produk itu sudah ada di
depan mata, ‘ you name it, you got it. Tidak perlu bertangguh. Mudah sangat
untuk mendapatkannya, sama ada di gerai tepi jalan, di pasar, di gedung-gedung
eksklusif, barangan buatan tempatan jadi kebanggaan kita. Kalau bukan kita
mempopularkannya, membelinya, memilikinya, siapatah lagi. Dan betapa bangganya
kita apabila masyarakat dunia turut memilih, membeli barang buatan tempatan dan
dijadikan sebagai aset dalam dunia pelancongan negara. Produk tempatan terjual di merata ceruk
rantau kota dan desa. Realitinya, membeli barang buatan tempatan tidaklah
sesukar mana untuk kita mendapatkannya, kerana produk yang kita idam-idamkan
itu ada di mana-mana. Mudah untuk dicari, ditemui dan dibeli.
Kesimpulannya membeli barangan buatan tempatan memberi banyak kebaikan kepada kita. Masyarakat Malaysia usahlah teragak-agak untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia. Banyak faedah kita perolehi dengan membeli produk tempatan. Hanya jauhari yang mengenal manikam, yakni hanya kita sebagai pengguna yang tahu dan kenal keunikan, kualiti dan keistimewaan produk tempatan. PENGGUNA BIJAK FAEDAHNYA BANYAK. Sama-sama kita sokong usaha mempromosi dan membeli barang buatan tempatan. Mudah-mudahan usaha kita itu membuahkan kejayaan.
Raymond Koick Zhie Shiang - Tingkatan 5 - SMKDM1 Tanah Merah Kelantan.
.
Bacaan
santai. Sekadar berkongsi cerita..............
Pagi semalam, saya
terima panggilan telefon daripada seorang guru, menjemput saya berceramah di
sekolahnya. Katanya,muridnya ada 105 orang(semua lelaki). Saya tidak pernah
menolak sebarang jemputan berceramah. Saya setuju. Ketika terima panggilan
telefon itu saya dan suami baru sahaja kembali dari UM Lembah Pantai KL
menjenguk anak lelaki saya yang dilanda musibah, cermin keretanya dipecah orang
dan lap topnya berserta semua pen drive, kamera, kertas kerja untuk
pengajiannya yang dalam satu beg semuanya hilang.Laporan polis dibuat.Keletihan
ketika itu amat terasa, sebab perjalanan jauh KL - Tanah Merah.Kami balik pada
tengah malam hari yang sama.
Selepas terima panggilan telefon saya
terus buat persiapan untuk ceramah, saya keluar ke bandar Tanah Merah beli
kertas, beli dakwat untuk printer. Beli di kedai bekas pelajar saya, memang
murah. Sempat pula bergurau senda,mengimbau kisah lucu zaman persekolahan
dengan mereka.
Sepanjang malam
santak ke pagi saya menaip dan print bahan untuk ceramah. Saya hanya
berhenti untuk solat. Saya sediakan
bahan yang saya yakin terbaik untuk pelajar. Banyak bahan saya print. Saya amat
berhati-hati lakukan kerja-kerja percetakan. Saya print sampai kekeringan
dakwat. Dua printer saya gunakan. Bayangkanlah.......... kesibukan saya ketika
itu. Tapi saya positif........ tak letak masalah di kepala...... letak sahaja
di hujung jari. Happynya saya pabila semuanya lengkap dan kemas. Very, very
happy.
Pagi, saya bertolak ke sekolah berkenaan.
Dalam perjalanan ohohhh.......baru saya
sedar saya tidak makan apa-apa sejak semalam. Saya terasa lapar. Lapar yang
amat sangat. Saya pujuk hati ini, di tempat ceramah sudah tentu ada makanan
disediakan terutama untuk penceramah seperti saya yang datang dari daerah
kejauhan. Saya tawakal!
Walaupun saya tidak tahu lokasi
sekolah, akhirnya selepas berhati-hati menjengah dan mencari, sekolah saya
temui. Sunyi dan sepi. Saya tawakal. Haih... saya silap sekolah ke? Saya
tawakal.....!
Dalam saya bermenung seorang diri,
seorang pelajar tampil ke kereta saya,
beri arahan agar saya terus pandu ke satu bangunan di belakang sekolah. Saya
berjalan ke satu lorong, naik tangga ke tempat ceramah.
Jam 8 pagi saya mulakan ceramah
saya.Saya berceramah diselang seli sesi soal jawab. Suasana memang cukup indah.
Tetapi kelaparan tidak tertanggung rasanya ketika itu, sebab sehari semalam,
hingga ke hari ini saya tak makan apa-apa. Huihh laparnya... saya tekan perut
saya sambil berceramah. Saya berceramah selama 4 jam (8 pagi hingga 12 tengah
hari) .Sempat jua saya memeriksa karangan seorang pelajar.
Jam 12 hingga 12.30 pelajar
mengelilingi saya bertanyakan banyak lagi soalan berkaitan BM . Banyak perkara tentang sekolah ini, turut
diceritakan oleh pelajar. Walau baru
kenal terasa berada dengan anak-anak sendiri, dalam satu keluarga besar. Mereka
tidak kekok bercerita.Saya bakar semangat mereka untuk terus berjuang dalam
SPM.
Tiba-tiba..........................................
Seorang pelajar menegur
saya.
Cikgu, cikgu nak milo?
Oh...
Ohohhh.....Nakkkkkkkkk..............................nakk.....!!
Pelajar itu
menghulurkan plastik milo yang air batunya telah lama cair
Saya minum
sepuas-puasnya
Terasa lega dalam
kelaparan dan kehausan
Bagi saya pemberian
pelajar yang tiba-tiba muncul dalam
himpunan lebih seratus pelajar, memberi saya minuman dalam plastik
miliknya, pada pagi ini adalah sesuatu
yang terindah. Cuma... dia tak offer makanan goreng yang sedang enak
dimakannya. Haishhhh... terlebih-lebih pulak saya nih.....
Saya memandu
perlahan-lahan menyusur keluar daripada kawasan sekolah.......
Saya suka akan
cabaran. Berceramah di sekolah ini merupakan satu cabaran yang menjadi memori terindah dalam hidup
saya. Pelajar mendengar ceramah dengan
penuh tertib, sopan dan naluri ingin tahu mereka tinggi.
Kepada pelajar
sekolah ini, pesan saya, usaha sungguh-sungguh untuk SPM nih. Doa cikgu
mengiringi perjuanganmu anak-anakku
Suami tunggu saya kat
masjid Tanah Merah dengan senyuman. Singgah sekejap di masjid. Saya memandu kereta. Suami menyusuri di
belakang dengan motosikal.
Malam.
Lepas isyak saya dan
suami pergi ke Manal untuk makan malam di kedai favourite kami. Masakannya
sesuai dengan citarasa kami orang Kuala Kangsar. Masa membayar tauke restoran
beritahu, cikgu tak payah bayar, tadi murid cikgu sudah bayar.
(siapa murid saya
itu, saya tidak tahu. Semoga Allah murahkan rezekinya)
Begitulah kehidupan
saya.
Sangat- sangat bermanfaat kepada semua pelajar.👍👍👍
BalasPadamsangat bermanfaat.terima kasih.
BalasPadamsangat bermanfaat.terima kasih.
BalasPadam